Wednesday, January 21, 2009

Sejarah Pulau Perhentian

Jom kita mencintai Malaysia. Mari kita menghayati sejarah pulau perhentian di terengganu.

Pembukaan dan penempatan awal di Pulau Perhentian
Pulau Perhentian mula didiami pada penghujung abad ke 18. Tempat yang mula-mula dibuka dan didiami ialah Teluk Dalam, di sekitar sebatang alur air payau yang cetek yang dikenali sebagai Alur Cina. Orang yang paling awal mendudukinya ialah Batin Mina dan keluarganya. Beliaulah orang yang bertanggungjawab menjadikan Pulau Perhentian sebagai satu petempatan.

Asal Penduduk Pulau Perhentian
Orang yang pertama menduduki Pulau Perhentian dipercayai berasal dari Kepulauan Riau, iaitu jajahan takluk Johor-Riau pada masa itu. Batin Mina dan keluarganya datang ke Pulau Perhentian dengan menumpang kapal-kapal dagang China yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara. Beliau telah melarikan diri dari buruan Belanda kerana telah bertindak menentang penjajahan dengan cara merompak dan mengugut kapal-kapal dagang barat. Keturunan beliaulah yang terus mendiami Pulau Perhentian serta beberapa keluarga yang berasal dari Tanah Besar Semenanjung.

Bagaimana Pulau Perhentian Mendapat Nama
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ianya dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu. Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ianya telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.


Jom pula kita tengok gambar pulau ini..........


Saturday, January 10, 2009

Politik dan Agama



Frasa yang sering di isukan ialah Agama tidak dapat dipisahkan daripada politik. Iya ini adalah frasa yang benar dan tepat kerana Islam adalah Ad-Diin atau satu cara hidup. Cara hidup yang merangkumi segenap lapisan dan curuk kehidupan manusia. Tetapi persoalan yang timbul adalah apabila ada yang menyamakan parti sesatu kumpulan itu sebagai Agama.

Dengan kata lain ia menyamakan kemenangan partinya sebagai kemenangan agama. Lantas apa akan terjadi sekiranya kekalahan yang berlaku. Takkan Agama (Islam) yang sebetulnya benar dan tepat turut kalah. Dan bagaimana bagi kawasan dan area yang tidak mempunyai parti tersebut adakah kawasan tersbut tidak mempunyai Agama.

Mentaliti sebegini hendaklah di robah dan di roboh. Pendokong dan pejuang agama sebenar mesti memikirkan bahawa parti hanyalah sebagai alat bagi menyampaikan dakwah Islamiyyah yang betul. Mereka juga hendaklah paham bahawa method kepartian adalah bukannya segala-gala di dalam berdakwah. Terdapat pelbagai method dan kaedah lain yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat yang satu iaitu mardhatillah.

Wednesday, January 07, 2009

Adakah Politik itu semuanya halal

Aku baru habis tonton satu sessi debat transformasi kat dalam u tube. Tonton atas pendirian neutral dan pegangan dan akidah islam. Setelah penontonan tersebut aku nak buat sedikit rumusan lah yang aku rasa rumusan ini adalah mungkin tidak digemari oleh sesetengah orang.

Pentas politik, adakah pentas ini adalah pentas yang sesuai untuk membicarakan perkara agama. Jawapannya ya. Tapi apakah akan terjadi sekiranya perkara politik menjadi matlamat lebih daripada perkara agama, dengan kata lain matlamat seolah sudah menghalalkan cara.

Aku menulis begini sebab pada dasarnya aku bersetuju parti Islam perlu memerintah, tapi ini tidak bermakna kita perlu menjatuhkan maruah mereka yang seIslam dengan kita dan mempertahankan mereka yang bukan Islam. Sesungguhnya kelebihan mereka yang bukan Islam berkawan dengan orang Islam yang baik sememangnya memberi manfaat yang baik kerana ini membolehkan mereka hampir kepada Islam namun ini bukannya boleh menjadi penyebab untuk kita menjatuhkan maruah mereka diparti yang tidak serumpun tetapi berakidahkan Islam dengan mengatakan yang bukan Islam sudah pandai menyebut untuk melaksanakan pemerintahan seperti Umar Ab Aziz tetapi yang Islam tidak pernah menyebut perkara ini.

Kita seharusnya ingat, selain daripada menyebut pemerintahan Umar Ab Aziz, golongan bukan Islam telah melakukakan kesilapan yang lebih besar iaitu menyekutukan Ilahi iaitu paksi akidah kita yang sebenar dan paksi inilah yang sama2 kita kongsi di antara sesama kita yang menyaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Penyekutuan kepada Ilahi adalah Jenayah yang paling besar.

Seeoloknya, pentas politik digunakan sebagai pentas dakwah bagi menyatukan mereka yang sesama Islam dan mendekatkan mereka yang belum Islam kepada Islam.

Sekian