Hari ini aku nak tulis berkenaan perbezaan di antara seorang engineer peniaga. Idea untuk tulis berkenaan ni datang masa aku makan tengahari tadi bersama-sama sekumpulan engineer bank.
Geng-geng engineer ni rasa pening kenapa dalam accounting ada konsep write off bagi jumlah jualan (yang dijual secara hutang 'on credit') untuk satu-satu tahun. Lagi pening, dia orang kata, bila portion yang diwrite off tu dikira sebagai income untuk tahun-tahun yang berikutnya. Bagi dia orang, bila tak dapat collect so tak dapat collectlah and simpanlah kat situ sehingga orang yang berhutang tu bayar. Sebab bagi dia orang duit yang masuk adalah income dan duit yang keluar adalah expenses. Walau bagaimanapun, di kalangan engineer ni ada terdapat seorang otai yang telah lama berkecimpung dalam sistem perniagaan ni, so dia cuba teranglah kepada engineer-engineer but akhirnya yang engineer ni kata terpaksalah aku swallow the principlenya walaupuan aku tak setuju dengan concept tu.
ok ulasan aku pulak, fresh engineer normally diajar dekat university berkenaan konsep fact dan kenyataan. Dia orang kata kalau 1 + 1 dia orang senang paham yang itu jawapannya adalah 2. Namun setelah dia orang ini lama bekerja dan mula bergaul dengan masyarakat accros the team (orang dari pelbagai bidang lain), normally dia orang akan mula paham konsep reasoning and understanding. Dia orang akan mula memasukkan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan abstract, emosi dan pelbagai lagi perkara yang tidak dapat dibuktikan dengan perkara 1 + 1 adalah 2. Integrasi di antara konsep fact dan kenyataan serta reasoning and understanding ini biasanya akan menghasilkan satu hasil kerja yang boleh diterima pakai oleh masyarakat umum.
Manakala seorang peniaga pula adalah seorang yang melihat semua benda adalah mungkin. Bagi mereka tidak ada benda dalam dunia ni yang tak boleh dilakukan. Normally inilah sikap seorang peniaga yang mana akhirnya mereka berjaya, dalam merealisasikan mimpi-mimpi mereka menjadi kenyataan. 1 + 1 bagi seorang peniaga, tidak semestinya bersamaan 2. Jawapannya boleh menjadi beberapa sahaja bagi seorang peniaga tetapi ianya adalah berdasarkan hujah dan alasan yang kukuh.
Untuk itu, sekiranya seorang engineer ingin menjadi peniaga, beliau hendaklah berusaha untuk memahami pelbagai aspek lain seperti pemasaran, perakaunan, perundangan dan pengurusan. Ini adalah kerana konsep pareto 80 : 20 bagi perniagaan adalah terjadi, di mana 20% daripada aktiviti perniagaan adalah terletak kepada penghasilan produk (mutu, kualiti dan functionability) manakala 80% lagi terletak kepada pemasaran, pengurusan dan perakaunan.
sekian
4 comments:
Mungkin En Hashim boleh cerita pengalaman bersama-sma peguam dan peniaga pula :)
aku tak pernah dpt jawapan selain 2 untuk soalan 1+1
patut la aku belum berjaya jadik peniaga lagik
afyan apa jawapan 1+1 ko?
hahahhahaha ada bisnessman jawap 1+1 sama dengan 11. Maksudnya bisnessman kena pikir out of the box.....
my wife is an engineer ... she told me once, if she were to start an engineering firm, I'll be the one who will manage the financial aspects of the firm. She just manages the technical aspects.
Post a Comment