Selepas sebulan..
Hemmmm sudah lama dah tak menulis…entahlah kenapa? Kalau nak kata busy, tak lah sangat sebab kalau alasan busy yang digunkan, bagi aku adalah satu alasan yang amat tidak tepat dan tak relevan kalau tinggal dan kerja di Saudi ni.
Yelah sebab kata kawan-kawan senior Malaysia yang dah lama migrate ke sini, ‘kerja kat Saudi adalah work vacation, kerja tapi relaks-relaks aje.
Hemmmm beginilah aku try cerita in detail, ada satu malam tu aku dijemput makan malam kat rumah Abg Md Noor suami kak rosnani dollah. Lokasi rumah kak nani adalah di 60 street Al-malaz.. Kat mana lokasi nipun aku tak tahu, tapi budak opis aku kata tak jauh dari opis dan boleh aje naik teksi but make sure tak naik teksi Saudi sebab takut nanti kena kelong......hehehehehhe sebab orang baru katakan…..tapi insya Allah taka pa, Allah ada untuk menjaga hambanya.
Aku turun dari opis jam 7.30 mlm….hari tu hari rabu malam khamis, dia orang buat makan2 malam khamis sebab hari khamis kebanyakan opis tutup dan cuti….tapi tidak termasuk opis aku lah….kami kena kerja sebab kami baru di Negara orang dan prestasi syarikat kami adalah terlampau bergantung kepada jangka masa kerja yang dilaksanakan.
So masa makan tu, dapatlah berkenalan dengan orang-orang Malaysia kat siini, hemmmmm ramai sebenarnya….hehehehehe kebanyakkannya aku rasa dalam end of 30 atau lepas 35 dah umurnya……so boleh lah bergaul sikit2 walaupun terasa janggal jugak….tapi dari sudut umur anak aku rasa umur anak-anakku lagi sebaya dengan anak-anak dia orang (maklumlah sebab kawin muda)…inilah kelebihannya….Alhamdulillah
Aku tak nak cerita pasal makanan kat sini sebab makanan yang dihidangkan Masya Allah sedap2 belaka…Cuma yang aku nak cerita pasal masa nak blk tu…dia orang nak hantar aku ke wadi laban…eh aku kata tak payah hantar aje aku ke opis, sebab aku nak buat closing, closing akaun masih lagi belum disempurnakan…….hahahahhahaha terkejut beruk dia orang dengar aku kerja sampai malam kat sini ……walaupun semua yang ada kat sini nih sememangnya kaki ‘Israk’ semasa berada di Malaysia dulu…..hehehehehehehhe…so aku terpaksa explain lah kat dia orang yang kampeni aku ni adalah hak milik Malaysia dan kita kerja begitu untuk mendapatkan survival kat bumi orang ni…….
So akhirnya dia orang mendoakan kami berjaya insya Allah…..Kalian yang baca pun doakanlah juga………………………………………………………..
2 comments:
cuba ko riki senior2 ko tu..ada org kemaman ckp ahmad zaki nie dulu kerani jer.. saja la nk tau fakta tu betul ke x..
satu lg betul ke dia asal kemaman?
yups dato' seri ni memamng orang kemaman....asal sebagai kerani tu...aku tak tahulah...tapi sedengar aku dia ni memang asal daripada orang susah
Post a Comment