Sungguh bertuah seorang insan yang diberi peluang untuk bekerja di jalan agama,
Sungguhpun ia menagih perit, menuntut keringat dan menahan kesusahan,
Kerana dia adalah calon syurga.
Sungguh takut apabila nikmat peluang itu dipayahkan, dijauhkan dan disukarkan,
Takut kerana bimbang ianya akan menjadikan syurga itu payah, jauh dan sukar.
Kalau dulu jalan agama adalah jalannya, namun dicari dunia kerana fatamorgana,
Jadi dunia didampingi dan agama disampingi.
Hari demi hari, agama menjadi jauh dan dunia tampak kelam,
Agama dicari kembali namun ianya telah renggang,
Peluang untuk dalam agama jauh, namun diri masih mencari,
Dikejar tapi tidak sampai,
Namun, masa masih ada, Allah azzawajall, Tuhan penilai hati,
اللهم
ثبت قلبي علي دينك وعلي طاعتك
Ya Allah! Kekalkanlah hati aku ini di atas agama Mu dan ketaatan kepada Mu
Amiin
No comments:
Post a Comment