Sunday, December 08, 2013

Doa Seorang Hamba

Bagi sesiapa yang tidak memahami bahasa arab, secara kasarnya sheikh menerangkan perihal doa’ seorang hamba kepada Allah SWT. Doa tersebut terbahagi kepada tiga (3) iaitu PERTAMA - doa’ seorang hamba yang naik dan diterima sebagaimana didoakannya,  KEDUA  - doa’ seorang hamba yang didoakan tetapi dianugerahkan dengan akibat yang berlainan, doa’ seorang hamba yang bertemu di dalam perjalanan doa’ tersebut dengan ketentuan yang berupa musibah kepada seorang hamba, dengan doa tersebut Allah SWT telah MENGALIHKAN ketentuan yang berupa musibah atau kemalangan tersebut kepada perkara yang lebih baik, dan KETIGA – doa’ yang naik ke atas dan tidak dianugerahkan dengan apa-apa pada kehidupan ini dan ianya dikira sebagai ‘hasanat’ (kebaikan) di atas ‘mizan’ (timbangan) di akhirat kelak dan makbul di atas doa tersebut ditangguhkan sehingga ke hari akhirat.


Persoalannya adalah yang mana satu adalah yang terbaik di antara tiga jenis doa tersebut. Jawapannya ialah TERUSKAN BERDOA KEPADA ALLAH SWT KERANA ALLAH TUHAN YANG MENGETAHUI SEGALA SESUATU.

No comments: