1st time hari ni long distance driving alone dr Shah Alam ke Gong Badak. Memanfaatkan masa driving dengan mendengar debate oleh @mehdi Hassan dan Dr Maza.
Selepas seketika, saya mengambil peluang utk menghubungi tuan guru alfadhil alustaz Zainuddin Che Ismail.
Pertama memaklumkan tentang status pengajian serta memohon doa beliau. Kedua untuk menyedut ilmu sementara ada kesempatan.
Topik perbincangan hari ni berkenaan kelebihan dan kekurangan speed reading vs membaca secara 'kalimah bil kalimah' dan 'sofhah ila sofhah' atau cover to cover.
Ustaz memberi beberapa hujjah tentang kelebihan membaca secara bukan speed reading, antaranya ialah:
1. Tamakkun - memampukan kita untuk menguasai ilmu yang ditulis secara lebih mendalam.
2. Kata2 hikmah 'dengan membaca buku anda menguasai separuh drp ilmu, manakala dengan mendatangi guru anda menguasai sepenuhnya ilmu tersebut.'
3. Kata2 hikmah, 'membaca tiga kali sebuah buku yang hebat adalah lebih baik daripada membaca tiga (3) buah buku yang berlainan'.
4. Hikmah perkataan iqra' diulang sebanyak dua (2) kali di dalam surah Al-Alaq adalah sebagai petanda pentingnya utk proses pengulangan dan 'bersungguh' di dalam proses pengajian serta tadabbur. Agar menjadi lebih faham dan lebih mengusai ilmu yang dipelajari.
5. Hikmah bagaimana Allah Azzawajalla memerintah agar langit diulang tengok sebanyak dua kali di dalam Surah al-Mulk - ayat 3 di dalam memerhatikan sama ada wujud sebarang kecacatan pada ciptaan Allah. DAN SESUNGGUHNYA TIADA KECACATAN PADA CIPTAAN ALLAH.
5. Hikmah bagaimana Allah Azzawajalla memerintah agar langit diulang tengok sebanyak dua kali di dalam Surah al-Mulk - ayat 3 di dalam memerhatikan sama ada wujud sebarang kecacatan pada ciptaan Allah. DAN SESUNGGUHNYA TIADA KECACATAN PADA CIPTAAN ALLAH.
6. Perintah ini adalah menggambarkan bagaimana proses ta'ammul dan tadabbur secara bersungguh adalah penting di dalam membolehkan kita menguasai pemahaman yg mendalam.
7. Proses tammakkun ini membawa kepada pengertian ilmu itu sendiri.
8. Speed reading hanya membolehkan kita memperolehi secara umum apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Proses penguasaan tidak dicapai dengan semata-mata speed reading sebaliknya ia hanya mampu menghasilkan informasi/maklumat semata-mata.
9. Penguasaan informasi tidak berpasak di dalam hati serta tidak membentuk akhlak dan pekerti. Berlainan dengan ilmu.
10. Dengan kata lain ilmu adalah akhlak dan pekerti adalah nilai.
Kesimpulannya, speed reading hanya boleh diamalkan utk mendapatkan essence drp pembacaan. Sekadar informasi bg prelude kepada tungkus lumus dan mujahadah ilmu yg memerlukan usaha dan kesungguhan...
Jom berusaha...
No comments:
Post a Comment