Thursday, December 15, 2011

testin

testing


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, November 12, 2011

Bicara Muamalat oleh Encik Abdul Hadi Jusoh


Assalamualaikum wrt wbt,

Apa pandangan sahabat2 dalam isu muamalat berikut:

Saya terfikir bagaimanakah kesudahan sekiranya sesuatu transaksi pinjaman perumahan yang dibuat berasaskan Syariah daripada mana-mana institusi kewangan, tiba-tiba dikenakan 'late payment' secara konvensional (iaitu secara riba) oleh pihak penjual kerana pihak pembeli telah mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan segala urusan yang berkaitan, tidak sebagaimana yang telah termaktub dalam perjanjian jual beli. Juga, dipihak lawyer atas yuran guaman yang tertunggak.

Juga saya memikirkan, apakah kaedah terbaik untuk meyelesaikan isu 'late payment' ini agar ianya selari dengan Syariah dan mencetuskan semacam 'win-win situation' kpd semua pihak.

Doa saya, agar bicara ini agak memberikan manafaat kepada semua.

Wassalam.

Komen :-

Hashim Ahmad Shiyuti:

Wsalam, isu 'late payment' ini memang nampak tidak adil dan tidak kena pada shariah kerana ianya berbentuk riba. Jumlah keseluruhan bayaran adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah asas kontrak pembelian yang dibuat.

Walau bagaimanapun, Islam adalah agama yang menyeluruh. Sekiranya kita letakkan Islam sebagai asas semestinya skop perbicaraan adalah merangkul kedua-dua parti di dalam perjanjian. Sungguhpun terdapat scholars yang menyatakan Islam mementingkan mereka yang lemah, kaedah ini perlu dilihat daripada pandangan secara menyeluruh di mana kekadang gergasi dilihat sebagai individu yang lemah dan kuman dilihat sebagai haiwan yang berbahaya. Faktor kelemahan itu masih luas untuk dibacarakan.Jadi pada saya, kaedah 'late payment' sebagai 'ta'widh' boleh dikenakan sebagai denda terutama kepada mereka yang degil membuat pembayaran disebabkan oleh situasi-situasi yang disengajakan. Lantas Islam sebagai agama yang menyeluruh dapat diimplementasikan.

Friday, November 11, 2011

Nikmat Sabar dan Tawassul


Kekadang hati kita ni terasa dekat dengan Allah dan kekadang terasa amat jauh. Kekadang perasaan dekat tersebut dapat dirasai semasa memandu kereta, kekadang perasaan jauh juga berlaku semasa solat. Pendek kata, ianya sebenar tersentak bila mana hati kita ni memang mengharap untuk berdamping dengan Allah tidak kira samada atas tikar sejadah ataupun bukan.

Kekadang, hati kita ni tidak hadir semasa kita bersolat lantas bicara lisan tidak lagi sekata bahkan hati kita tidak sedar yang lisan sedang bertutur. Tutur bicara tatkala itu umpama gerak nafas yang berlaku tanpa perlu dihitung. Sukar untuk menghadirkan hati kecuali atas rezeki dan nikmat 'ikhlas' yang dicampakkan ilahi ke atas hati hambanya yang dipilih.

Kekadang Allah jadikan suasana yang menjadi penyebab untuk kita hadir kepadaNya. Kita ingat suasana itu adalah bencana dan ujian yang Allah datangkan untuk menguji iman kita namun sebenarnya, ia adalah nikmat yang Allah berikan agar kita pulang kepada Ilahi dengan ruh dan jasad, bukan lagi dengan rintihan yang dihafal namun dengan runtunan hati disertai dengan bicara lisan.

Pada waktu itu, Allah amat hampir, tidak ada sempadan, tidak ada birai, tidak ada benteng yang boleh menghalang untuk kita memohon dengan Al-Khalik. Tidak perlu bertawassul dengan sesapa, minta aje terus kepada Ilahi kerana Dia yang maha mendengar dan maha mengetahui.

وإذا سألك عبادي عني فإني قريب أجيب دعوة الداع إذا دعان فليستجيبوا لي وليؤمنوا بي لعلهم يرشدون ( 186 ) )

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Al-Baqarah 186

Quality First


Dalam aktiviti hari-hari, meniaga, belajar, kerja dan apa-apa pun yg kita buat, semestinya kualiti yang amat penting yang perlu diutamakan. Berapa lama atau berapa banyak yang dihasilkan bukannya kayu pengukur. Tak mungkin untuk kita makan sebanyak mungkin nasi kalau nasi yg dimakan tu tak sedap. Tak mungkin untuk kita pergi ke tempat buang sampah kalau bukan kerana nak buang sampah. Begitulah nature manusia, ianya memang mengutamakan kualiti, tak kira apa dia sekalipun.

Tapi bila tang dia yang melalukan aktiviti itu, maka lain pulak jadinya, manusia ditambah dengan sifat malas, kurang nak concentrate dan macam-macm lagi yang negatif akan melakukan kerja secara sambil lewa dan kurang bersungguh. Jadi wal hasilnya, kualiti entah tak tahu ke mana.

Sebagai sumber motivasi diri sendiri, kita sebenarnya perlu buat kerja dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan kualiti yang dihasilkan adalah berpuas hati. Agak payah untuk kita memperolehi persepsi orang bagi menilai kualiti sesuatu, jadi hanya diri kita yang boleh menjadi penila. Untuk itu, elok bagi kita menilai kerja yang kita lakukan sepuas hati kita. Andai kata hati kecik kita kata tak elok, maka kita buat lagi sehingga kita rasa puas hati.

Contohnya, bila kita buat assignment essay, memang susah untuk kita agak samada assignment kita ni dapat cemerlang atau tidak. Jadi sebagai kayu ukur, diri kita lah yang perlu nilai sama ada kita layak dapat A atau tidak. Kalu kita rasa memang layak dapat A, maka kita dapat ukur mutu kualiti yang kita hasilkan.

Untuk mendapat keupayaan menilai diri sendiri, ianya tak datang secara magic, tapi ia datang melalui pengalaman. Kita perlu dedahkan diri kita kepada contoh-contoh assignment terbaik ataupun apa-apa yang cemerlang, jadi pasti kita ada asas yang elok untuk jadi kayu ukur.

Terdapat sepotong hadith yang dinilai dhaif oleh At-Tabrani dan Al-Baihaqi yang berbunyi '( إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه ) bermaksud sesungguhnya Allah SWT suka apabila beramal seseorang daripada kamu dengan amalan yang tekun. Kaedah ketekunan ini adalah selaras dengan kaedah kualiti di mana sesuatu kerja yang berkualiti memang dihasilkan oleh kerja tekun. Tak mungkin untuk menjadi kerja kualiti kalu kerja yang dilakukan tu dibuat secara suka-suka sbb kita bukan buat pameran sirkus (kita nampak dia buat main-main tapi sebenarnya latihan yang dia buat fuhhhh memang dahsyat).

Akhir jom kita pakat buat kerja dengan bersungguh-sungguh dan kita biarkan Allah sebagai Wakil Kita yang bakal menganugerahkan kerja dan hasil yang cemerlang.

Saturday, May 28, 2011

Tekun

28 may 2011

Terdengar seorang ustaz mengajar, dia suruh semua pendengar mempunyai keinginan untuk berniaga, satu cadangan bagus. Ustaz tu kata, islam boleh maju sekiranya ramai orang islam yg terlibat dalam business sbb bila kita kaya kita mampu buat apa saja yg kita nak.

Ustaz tu kata, dia pun sedang busy dgn business, dia buat business jual beli emas, business yg sahabat nabi bilal bin rabbah involve masa hayatnya. Nanti bila dia kaya, dia datang masjid mengajar masa tu dgn bawak porsche cayyen dan bawak duit zakat utk anak2 pelajar. Masya Allah cita2 hebat sungguh.

Sy berpendapat, sapa-sapa pun bebas nak berniaga, tiada halangan. Tapi berjaya atau tidak berniaga adalah faktor lain.

Sy suka pendapat ustaz tu nak kaya, tapi sy lebih suka kalu ustaz tu menjadi seorang figure dlm ilmuan bidang pengajarannya. Menjadi sumber rujukan persis yusuf alqardhawi dan para ulama lain. Negara kita sudah ketandusan tokoh agamawan sebagaimana dulu. Dulu kita ada tok kenali, kita ada tok janggut, kita ada tok selehor tp kini kita ada ustaz selebriti, kita ada imam muda dan kita ada mcm2 ulama lain yg persis artis. Adakah ulama2 moden ni jadi begitu kerana kaedah moden dakwah perlu selari dgn peradaran zama atau adakah kerana tuntutan utk jd kaya.

Secara peribadi, sy suka ustaz2 atau ulama2 baru ni lebih fokus kepada pengajarannya dan aktiviti business dan berniaga biarlah diserahkan kepada ahlinya. Ustaz2 mainkanlah peranan utk membetulkan peniaga2 ni dan tunjukkanlah mereka ke jalan yg diredhai Allah.

Jadi para ustaz kita ni boleh lebih fokus dlm bidang agama dan akan menjadi lebih keahliannya.

Akhir sekali, suka nak kongsi sepotong hadith yg berbunyi, inna Allah yuhibbu iza 'amila ahadukum amalan an yutkinah' maksudnya sesungguhnya Allah suka apabila beramal salah seorang dr kamu dengan amalan yg tekun.

Friday, May 27, 2011

testing blogging secara mobile

Dah lama sungguh dah blog ni tak berupdate. Ada keinginan untuk update tp rasa mcm tak dah bahan utk update. Jd ni dah nak update ni maknanya adalah bahan utk update.

Ari ni nak bercerita pasal business sikit. Ni bukannya maksud dah terer bbenar berbusiness tp sajavjah nak berkongsi sikit. Bukan nak kongsi business tp nak kongsi pendapat aje.

Business ni sebenanrnya perlu 3 benda, satu ideal, dua maintain dan tiga fulus. Ada fulus saja pun x jadi sbb bukan semua ideal boleh dibeli dgn fulus. Ada ideal tp x ada fulus mungkin boleh jadi kerja utk business, mubgkin ada mana-mamamat yg berfulus yg nak beli idea tu, walau bagaimanapun kalu ada ideal tp tak reti nak maintain pun susah jugak sbb lambat laung idea yg baru datang dan idea yg lama ni jadi hilang begitu aje tanpa ada maintanance.

Nak x nak kalau seorang tu nak berniaga sendiri, dia kenalah jadi kreatif, ada pitis dan sabar dlm melaksanakan idea dia tu. Kalau x dia kenalah buat trading aje idea dia tu kepada sesapa yg ada kekuatan utk melaksanakan idea dia tu. Dan sidia ni pulak (yg nak wat business tu) kenalah pandai pilih dan hendaklah bijak cr jalan terbaik utk realisasikan idea business tu. Kalu x sanggup baik x yah business.

Thursday, March 17, 2011

Syukur...sumber motivasi


Ya Allah,

Tuhan sekelian alam,

yang maha pencipta dari tiada kepada ada,

Tuhan yang menghidupkan dan mematikan.


Ya Allah,

Nikmatmu kepadaku ini sungguh banyak,

hidup, makan, minum, pakai, tidur, bangun,

gelak, ketawa, marah, suka, duka....semua adalah nikmat.


Ya Allah,

nikmat harta dah ku rasa, nikmat hidup dan pakai sudah ku rasa,

namun dalam banyak-banyaknya nikmat....nikmat kemanisan iman adalah yang utama...

indahnya agama dengan penghayatan....indahnya iman dengan hidayahmu.....


Ya Allah,

Kau kekalkanlah iman itu, kau serasikanlah ia dengan diri ini....


Ya Allah,

Tambahkanlah qana'ah di dalam diri ini,

Tambahkanlah rasa syukur atas segala nikmat mu...

Tambahkanlah kesabaran di dalam beribadah di ketika mana diri ini merasa

asing dan jauh.....

Ya Allah......Ya Allah.....Engkaulah sahaja tempatku mengadu.....

Ya Allah ......ilaika Asyku......kepada mu aku mengadu ya Allah.....


Monday, October 18, 2010

العقل والنقل

العقل هو شروط التكليف في الاسلام ، وبه الانسان يكون العادل أو الظالم أو الجاهل، وقد قال رسول الله (ص) كما جاء في مسند الامام أحمد (رفع القلم عن ثلاث، عن الصبي حتي يشب وعن الناءم حتي يستيقظ وعن المجنون حتي يفيق) ومن هذا الحديث فهمنا أنه الانسان يعيش بالنظام والحدود والهدي والرشاد، الذي جاء من عندالله سبحانه وتعالي بطريق الوحي وهو القرءان الكريم والسنة نبيه العظيم ويسمي بالدليل النقلي.

ما هي المثل للعقل والنقل في حياتنا اليوم، فضيلة الشيخ الاستاذ الدكتور محمد راتب النابلسي في البرنامج "سنريهم اياتنا" (محاضرات وندوات تلفزيونية) يأتينا المثال لترجم وتفرق بين الكلمتين العقل والنقل وهي "لو فرضنا أنا أعطيك عشرة أثواب قماش، وعند تجار القماش مصطلح الثوب له مدراج، له طول ملصق عليه قد يكون اثنين وعشرين يردا، أو ثلاث وعشرين، أو خمس وعشرين، أو ثماني عشرة.

فهذا الطول مثبت علي الثوب بلصاقة، وأنت معك يرد، اليرد هو العقل، اليرد الخشبي هو العقل، واللصاقة علي الثوب هي النقل، ففي حياتنا المسلم العقل هو الميزان للعدل أو الظلم، والنقل هو المصدر والهدي والرشاد من عند الله ليحكم عن العدل أو الظلم.

للعقل فيه الحدود الانسانية والارضية، له الحدود الفكرة المنطقية يحدد الناس من التفكير الاشياء السمعيات والغيابيات والاشياء سوف يكون بعد زماننا هذا كما قصة الله الينا في وحيه، الانسان المؤمن العاقل الذي يتفكر ويتدبر في مخلوق الله بطريقة الاسلام سوف يصدق بألوهية وربوبيته، وهو سوف يبعد العقل عن التفكير لما يمنع "تفكروا في الخلق ولا تفكروا في ذاته" لأن العقل الانسان ضغيف......

Share it

Follow by Email