Dalam berbisness, ada masa kita rasa penat, letih dan jemu. Ada juga masa kita rasa kuat, semangat dan banyak ideal.
Ketika negatif, janganlah ditinggalkan aktiviti bisness, ketika positf jangan pula terlebih kayuh. Balancekan antara dua keadaan berikut agar tiada siapa boleh rasa kekurangan tersebut.
Dalam bisness, momentum positif kena sentiasa ada keran ia akan berfungsi seperti magnet kepada para pelanggan. Kesinambungan pelanggan adalah penting bagi bisness kerana tanpa mereka bisness bagaikan bertepuk sebelah tangan.
Bagaimanakan caranya untuk memastikan bisness sentiasa positf dan tidak terganggu oleh perasaan pemilik dan pengurus:-
(a) Jadikan sesuatu aktiviti yang rutin itu dibuat setiap hari dan menjadi kewajipan. Jangan ditinggalkan walaupun sedikit.
(b) Ketika berada dalam negatif, banyakkan melakukan aktiviti untuk memudahkan orang lain. banyakkan dalam memberi pertolongan dan semangat.
(c) Ketika negatif, lakukan bisness visit secara formal dan tidak formal ke lokasi-lokasi syarikat pesaing dan pelengkap. ini membolehkan kita membuat analisa yang lebih kritis kepada syarikat kita sendiri.
No comments:
Post a Comment