Tahukah anda #trend #business yang bersifat #retail boleh diketahui dalam tempoh 6 bulan ke setahun dari tarikh beroperasi. Bagi perniagaan retails dan trading, ianya senang diukur kerana pada setiap hari pelanggan akan berurusan dan bersemuka dengan pihak syarikat. Baik dan buruk berkenaan konsep dan modus operandi syarikat sama ada boleh diterima atau tidak oleh pelanggan akan diketahui dalam tempoh tersebut.
Dalam tempoh tersebut, syarikat perlulah melakukan pemasaran yang memuaskan dan pengurusan yang optimum. Dengan kata lain, operasi bagi tempoh tersebut hendaklah all out dan mengandaikan seolah-olah syarikat akan beroperasi selama-lamanya. Sekiranya, selepas segala komitmen pengurusan dan pemasaran yang optimum telah dilakukan tetapi penerimaan pelanggan adalah amat rendah, maka tempoh enam (6) bulan adalah memuaskan untuk menilai dan membuat keputusan.
Walau bagaimanapun, basis untuk mengukur sejauh mana kerugian atau keuntungan bagi mengekalkan atau menutup perniagan tersebut adalah berdasarkan dua kaedah iaitu :
(a) analisa breakeven
(b) cost benefit analysis
Namun secara mudah, sekiranya jualan dapat menampung segala kos operasi untuk tempoh tersebut tanpa melibatkan injection yg baru dan terdapat trend peningkatan walaupun sedikit pada jualan, maka syarikat dapatlah dikekalkan.
No comments:
Post a Comment