Duduk bersamamu Ustaz Zainuddin Ismail
Alhamdulillah setelah hampir sepuluh tahun tidak bersama guru, hari ni dapatlah bersamanya. Antara perkongsian beliau untuk tempoh lebih 3 jam tersebut (9.30 am-12.50 tengahari) ialah :
(a) andai ilmu ada secupak tapi biarlah adab/akhlak ada seguni.
(b) tazkiyatun nafs dan penyucian hati adalah antara perkara penting di dalam insan pendakwah.
(c) tanggungjawab dakwah dan penyebaran ilmu adalah tugas yang tidak punya noktah. Tanggungjawab itu adalah tanggungjawab tanpa henti tidak kira individu itu adalah peniaga (attaajir assoduk) atau seorang ilmuan.
(d) ulama setempat yang lama seperti tok guru hj loh lubuk tapoh, tok guru hj ya tok sakut dan ramai lagi adalah tokoh-tokoh penyatu ummah yang ketiadaan mereka menampakkan sedikit kecelaruan. Ketokohan jelas terpampang pada diri mereka. Ketokohan tersebut digarap daripada proses dan latihan yang pelbagai.
(e) golongan pendakwah perlu memahami waqi'iah dan persekitaran. Alangkah rugi sekiranya dakwah terhenti disebabkan mempertahankan pendirian yang kecil hinggakan terhalang untuk menyebarkan Islam yang lebih luas.
(f) imam abu hanifah adalah seorang ulama yang juga merupakan seorang peniaga.
(g) dikatakan bilangan sahabah semasa hajjatul alwada' adalah berjumlah ratusan ribu. Kemanakah kubur2 mereka ini? Andaikata di baqi' seramai 10000 orang dan di makkah, dan taif 10,000 maka ke manakah yang berbaki, jawabnya mereka bertebaran di umi Allah di dalam menyampaikan dakwah.
(h) dibacakan oleh beliau berkenaan hadith agar disampaikan apa yg disampaikan Rasulullah SAW agar orang yang mendengar lebih hafaz dan ingat berbanding orang yang hadir.
(i) dakwah salaf dan khalaf ada persamaan di dalam mendapatkan keredhaan Allah.
(j) alangkah rugi kiranya seorang yang alim lagi soleh tapi tidak dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
Inilah insan yang ditemui pagi ini http://m.youtube.com/watch?v=xa2Dyul0KIU&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3Dxa2Dyul0KIU
No comments:
Post a Comment