Wahai isteri,
Sungguh bertuah kalian,
Kerana ikhtiarmu si anak diasuh,
Kerana ikhtiarmu si anak berjaya,
Wahai isteri maafkan kami,
sekiranya tugas mengasuh dan mengajar, kami wakilkan,
Mungkin alasan masa, kesibukan dan kerja,
Namun yakinlah ianya kerana sentuhan mu lebih berbisa dan berkesan,
Wahai isteri,
Janganlah kamu kecewa,
Andai kerja ini tidak memberi nama,
Andai kerja ini tidak meningkat rupa,
Andai kerja ini tidak memberi harta,
Tapi percayalah kerja ini sungguh mulia,
Mendidik, melatih dan mengajar,
Dengan senyum, marah, masam dan suka,
Dengan kekuatan, kesabaran, cinta dan sayang,
Maka lahirlah dan muncullah,
Insan yang soleh,
Anak yang beriman,
Serta manusia yang mengenal Allah...
No comments:
Post a Comment