Teknik hedging juga boleh diguna pakai bagi mengurus risiko bagi perniagaan kecil dan sederhana. Teknik ini berjalan sebegini, katakan seorang usahawan terlibat dalam perniagaan menjual gelang kristal. Jualannya agak memuaskan ketika musim gaji dan perayaan. Namun agak sakit ketika musim persekolahan ingin bermula kerana para pelanggan menumpukan kepada pembelian barangan sekolah dan yuran-yuran yang akan dikenakan kepada para pelajar diawal bulan pengajian. Dimusim ini, bisness gelang kristal adalah tidak memuaskan.
Bagi menjalankan teknik hedging, penjual kristal tersebut hendaklah mencari produk pelengkap yang mana ianya bergerak secara bertentangan dengan bisness kristal tersebut. Ketika bisness kristal menurun, bisness yang satu lagi akan meningkat dan begitulah sebaliknya.
Yang paling penting ialah mencari business pelengkap yang boleh mitigate risiko ketidakstabilan business. Contohnya, butik vs baju bundle dan restoran vs catering.
#sme #perniagaan
No comments:
Post a Comment