Manusia mencari bahagia,
Kerana mahu hati menjadi ria,
Untuk hidup lebih ceria,
Manusia mencari bahagia,
Kerana manusia yakin dengan bahagia,
Hidup menjadi lebih bermakna,
Manusia mencari bahagia,
Ada dengan sukan, nyanyian dan tarian,
Ada dengan gurindam, qasidah dan nasyid,
Ada dengan Al-Quran, sunnah dan kepatuhan,
Manusia mencari bahagia,
Dengan meraikan hati agar tenang,
Dengan memujuk nafsu agar puas,
Manusia mencari bahagia,
Tapi hanya Allah yang mampu memberinya,
Manusia mungkin bahagia tapi mungkin tanpa redhaNya,
Jika bahagia yg dicari bukan pada jalanNya,
Allah memberi bersama bahagia adalah ketenangan,
Bagi si pencari bahagia pada jalanNya,
Bahagia atas redha dan tenang atas ketaatan,
No comments:
Post a Comment