"Dan saudaraku - Harun, ia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersama-samaku sebagai penyokong yang mengakui kebenaranku; sesungguhnya aku bimbang bahawa mereka akan mendustakan daku".
Nabi Musa a.s. telah memohon kepada Allah SWT agar saudaranya Harun dilantik menjadi penolong baginda di dalam urusan dakwah. Baginda ‘merekemenkan’ saudaranya ini berdasarkan kefasihan di dalam pertuturan berbanding dirinya sendiri. Kefasihan di dalam pertuturan adalah elemen penting di dalam urusan dakwah.
Terdapat tiga (3) elemen penting yang boleh digarapkan daripada peristiwa ini yang boleh digunapakai bagi urusan ‘hiring & firing’ (human resource) di dalam satu-satu organisasi. Elemen-elemen tersebut ialah :-
(a) Perlantikan berdasarkan rekemendasi.
(b) Hendaklah dikenalpasti komponen-komponen penting di dalam perlaksanaan sesuatu kerja.
(c) Kenal pasti kelemahan diri dan melantik penolong yang boleh membetulkan kelemahan tersebut.
Perlantikan berdasarkan rekemendasi.
Bagi membuat sesuatu lantikan terutama di dalam urusan yang memerlukan kepakaran tertentu, rekemendasi adalah diperlukan. Ini boleh menjimatkan ‘trial and error’ di dalam sesuatu pemilihan. Rekemendasi oleh orang yang boleh dipercayai yang mengenali calon adalah baik kerana proses ‘screening’ di peringkat permulaan akan menjadi lebih tepat memandangkan ‘pe-rekemen’ telah mengenali beliau dengan lebih mendalam.
Walaubagaimanapun beberapa perkara perlu diambilkira sebelum keputusan muktamad dibuat iaitu:-
- Jangan meletakkan sepenuhnya keputusan berdasarkan rekemendasi tanpa dibuat analisa secara lebih mendalam.
- Memastikan ‘pe-rekemen’ adalah orang yang betul-betul mengenali calon dan bukannya ‘kenalan di atas kenalan’
Hendaklah dikenalpasti komponen-komponen penting di dalam perlaksanaan sesuatu kerja.
Komponen-komponen penting di dalam sesuatu kerja perlu dikenalpasti sebelum pemilihan calon dibuat. Komponen yang membolehkan sesuatu kerja itu dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Contohnya, kerja yang perlu dilaksanakan adalah bagi membuat jualan, komponen penting di dalam membuat jualan adalah skill komunikasi dan perwatakan, maka seseorang yang mempunyai perwatakan yang menarik dan mempunyai keberanian dan keyakinan untuk berbicara adalah amat penting bagi tugasan ini. Mengenalpasti komponen adalah penting dan ia perlu diputuskan sebelum pemilihan dibuat. Dengan kata lain, ‘key elements‘ untuk perlaksanaan kerja perlu dikenal pasti sebelum memutuskan untuk mengambil pekerja.
Kenal pasti kelemahan diri dan melantik penolong yang boleh melengkapkan kelemahan tersebut.
Tidak menjadi masalah untuk mengetengahkan kelemahan diri terutama bagi membolehkan kelemahan tersebut dibaiki dan diperbetulkan. Kenal diri adalah satu kaedah ‘check and balance’ bagi membolehkan disudut mana satu-satu perlantikan penolong/pegawai dapat membantu menyempurnakan kekurangan yang wujud di dalam satu-satu organisasi.
Perlantikan baru hendaklah dibuat berdasarkan kekurangan yang dimiliki kerana perlantikan ini dapat membantu kesempurnaan organisasi. Perlantikan yang berdasarkan kekuatan yang sama sedangkan tiada keperluan adalah merupakan suatu pembaziran dan menjadikan taraf efisiensi yang rendah.
Jadi kajilah kelemahan dan pilihlah pelengkap kerana satu organisasi yang optimum adalah organisasi yang lengkap.
No comments:
Post a Comment