Friday, December 13, 2013

Peratusan Jualan

Tahukah anda 30% atas RM3000 adalah lebh tinggi daripada 30% atas RM3. Sekiranya satu transaksi jualan terhasil daripada jumlah yang besar adalah lebih baik daripada transaksi yang terhasil drp jumlah yang kecil. 

Katakan satu butik yang menjual pakaian dengan harga RM3000 sehelai dan mampu menjualnya sebanyak 2 helai dalam seminggu, untung kasar butik tadi ialah  RM1800 dalam seminggu. Andaikata, pada masa yang sama, ia juga berjaya menjual pakaian yg berharga RM3 sehelai sebanyak 300 helai dan jumlah jualan ialah RM900. Untung kasarnya ialah RM270. 

Effort yg perlu dilakukan untuk menjual sehelai pakaian adalah lebih kurang sama sekiranya ianya di dalam kedai yang sama. Tapi ianya akan berbeza sekiranya berlaku di dalam kedai yang berlainan dr sudut standard dan kualiti.

Jadi sekiranya kedai anda mempunyai range jualan yg berbeza, utamakan jualan yg berharga tinggi kerana ia akan memberi perbezaan yg ketara kada margin keuntungan.

No comments: