Untuk membolehkan bisness pembuatan dan perkhidmatan berkembang dengan mempunyai banyak cawangan dan saiz, proses-prosesnya hendaklah bersifat MUDAH DAN RINGKAS.
Proses hendaklah tidak SUSAH untuk diikuti dan tidak PAYAH untuk difahami. Arahan hendaklah JELAS dan diterima sebagaimana disampaikan. Kebarangkalian untuk arahan disalahertikan hendaklah diminimumkan dan KEFAHAMAN kepada arahan hendaklah SAMA bagi setiap mereka yang menerima arahan.
Antara perkara yang boleh dilakukan bagi meringkaskan proses yang RUMIT ialah :-
- lakarkan keseluruhan proses yang biasa dilakukan di atas sekeping kertas.
- groupkan proses berdasarkan kesamaan yang ada.
- kenal pasti PENGHUBUNG bagi setiap satu proses.
- eliminate proses-proses yang bersifat BERTINDIH.
- selaraskan 'bottleneck' di antara satu proses kepada proses yang lain.
- bagi setiap satu proses, cuba RINGKASKAN sebaik mungkin TETAPI berhati-hati agar KEKUATAN sesuatu produk/servis tidak TERKORBAN disebabkan oleh 'simplified' yang dilakukan. Sekiranya ia akan menjejaskan produk, kaji adakah penjejasan tersebut berbaloi atau tidak dengan simplified yang dilakukan.
Dengan kata lain, sekiranya proses 'simplicity' dapat memastikan pengeluaran produk/servis adalah standard bagi setiap kali pengeluaran dengan perubahan tidak kurang daripada 80% - 90% daripada tahap ASAL, maka ianya dikira memuaskan. Tapi sekiranya proses simplicity itu akan merubah produk asal kepada yg lain maka ianya perlu dielakkan.
No comments:
Post a Comment