Saturday, December 21, 2013

Persedian Untuk Mengembangkan Perniagaan

Sekiranya anda berhajat untuk membesarkan perniagaan anda sama ada melalui penambahan cawangan, franchise, joint venture atau apa sahaja, anda hendaklah bersedia untuk menempuhi beberapa perkara, iaitu :-

(1) perniagaan tersebut tidak lagi mengenai diri 'founder'.

(2) keputusan penting akan dibuat juga oleh orang lain.

(3) bukan 100% kehendak founder akan terlaksana sebagaimana yang dikehendakinya.

(4) perjalanan bisness mungkin berubah daripada perjalanan asalnya dalam beberapa peratus tetapi asas asalnya tetap sama.

(5) terpaksa menjadi lebih flexible dan tidak terlalu sensitif.

(6) keuntungan syarikat tidak akan dimiliki olehnya secara keseluruhan sebaliknya terpaksa berkongsi dengan orang lain.

(7) perasaan dengki dan iri hati perlu dijauhkan.

No comments: