Sunday, August 31, 2014

Aduan Imam Asy-Syafie

Imam Asy-Syafi'i berkata kepada gurunya Waqi',

شكوت إلي وكيع سوء حفظي، فأرشدني إلي ترك المعاصي، فأخبرني بأن العلم نور، ونور الله لا يهدي لعاصي

Ertinya : Aku mengadu kepada Waqi' tentang teruknya hafalanku, maka dia membimbingku agar aku meninggalkan kemaksiatan. Maka dia menkhabarkan kepadaku bahawa ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak memberikan hidayah (petunjuk) kepada pelaku maksiat.

Aduan di atas menggambarkan betapa Al-Imam Asy-Syafie menitik beratkan tentang kelemahan hafalannnya yang mana ramai mengetahui bahawa beliau mempunyai kepintaran yang luar dan begitu menjaga akan batasan agama. Pun begitu, beliau merasakan tentang kesukaran pada hafalan. Ilmu itu adalah cahaya dan cahaya itu bakal diperolehi ramai melalui keikhlasan dan menjauhkan dosa.

No comments: