Showing posts with label Pesan Kakak. Show all posts
Showing posts with label Pesan Kakak. Show all posts

Sunday, April 14, 2019

Usahawan vs 'Good Timing'

Masa dengan kata lain ‘right timing’ adalah antara perkara penting bagi seseorang usahawan. ‘good product’, ‘good people’, ‘good location’, ‘good marketing strategy’ tetapi ‘poor timing’ boleh menggagalkan sesuatu perniagaan.

‘Good timing’ ini bukan bermaksud bulan-bulan tertentu atau tarikh-tarikh tertentu yang keramat tetapi ‘actual timing’ di mana apa yang ditawarkan adalah apa yang diperlukan oleh pelanggan.

Di sini usahawan berperanan untuk mengkaji bilakah ‘actua timing’ yang dirasakan ‘ngam’ untuk produk/servisnya diperlukan oleh pelanggan.

Pelbagai kaedah boleh diguna pakai dalam mengenal pasti ‘actual timing’. Antaranya adalah dengan menjadi ‘yang kedua/ketiga’ dalam membuka atau mencuba satu-satu pasaran. Kita biarkan dulu orang lain atau syarikat lain memasuki dahulu pasaran tersebut dan kita mengkaji apakah reaksi penerimaan dan feedback pelanggan.

Dengan cara begini, sekurang-kurangnya kita dapat melihat apakah yang berlaku setelah pasaran tersebut ditembusi. Kita boleh mengambil beberapa reaksi dan tindakan dengan mengurangkan risiko kewangan andai terdapat beberapa rintangan.

Mungkin ada yang berpendapat ia boleh merugikan kita kerana peluang untuk menjadi ‘pioneer’ akan kehilangan. Maka pasaran pula mungkin akan dikawal oleh mereka yang terawal. Namun ketahuilah, menjadi yang kedua/ketiga juga mempunyai kelebihan.

Saturday, April 13, 2019

Usahawan Vs Perbezaan Harga


Banyak keadaan harga sesuatu barang ditentukan oleh persepsi. Anggapan sesuatu barang itu mahal apabila diberi packaging yang baik dan berkualiti. Manakala, pembungkusan yang biasa-biasa akan turut memberi gambaran bahawa produk itu juga adalah biasa-biasa.

Sheikh Abu Al-Fadhl Jaafar Ibn Ali Al-Dimashqi dalam bukunya bertajuk ‘Al-Isharah Ila Mahasin Al-Tijarah’ menyatakan bahawa nilai hasil lombongan adalah lebih mahal apabila ia telah memasuki pasar-pasar mewah berbanding semasa dikeluarkan dari lombongan’

Persepsi memainkan peranan penting dalam menentukan nilai sesuatu perkara. Namun tidak dilupakan nilai asli zat barangan tersebut di mana zatnya telah mempunyai nilai tertentu. Manakala persepsi pula adalah nilai tambahan (add-on value) yang membezakan di antara ‘good perception’ vs ‘bad perception’.

Oleh sebab itu, kita hendaklah sentiasa ‘preserve good perception’ pada setiap produk dan service yang ditawarkan bagi membolehkan ia mempunyai ‘add-on value’ di atas nilai asal (original value) produk dan service yang ditawarkan.

Sunday, April 07, 2019

Usahawan dan Buat Dajjal

Hari ni macam sedikit lain macam aje bunyinya iaitu usahawan dan buat ‘dajjal’ (bahasa orang-orang sebelum millennium, dimaksudkan dengan membuat sesuatu yang tak elok/baik).

Semasa dalam industri construction sebelum ni, saya selalu diberitahu oleh ‘Senior Project Manager’ kami bahawa dalam dunia construction ni, ia kecil sahaja di mana pusing-pusing kita akan berjumpa dengan orang yang sama juga. Kalau dulu, dia adalah “Senior Quantity Surveyor’ dengan satu syarikat, mungkin sekarang dah jadi ‘Project Manager’ dekat syarikat yang lain. Pusing-pusing berjumpa jua.

Begitu juga dalam lapangan perniagaan, dunia ini tidak besar pasti berjumpa jua. Kerana itu janganlah sesekali berbuat ‘dajjal’kepada sesiapa sahaja kerana kita bakal berjumpa kembali. Mungkin kalau sebelum ini kita adalah sebagai pembeli dan kali ini kita pula sebagai penjual. Bimbang kalau sebelum ini pernah ‘mendajal’ mungkin kali ini kita pula didajalkan. 

Sebagaimana pepatah Arab berkata " كما تدين تدان" (kama tadinu tudan) bermaksud sebagaimana kau berbuat, kau akan dibalas.

Tuesday, March 05, 2019

Usahawan dan 50:50

Terdapat dua tokoh berbicara tentang perkara ini.
Tom Peter, penulis buku 'The Excellence' menegaskan bahawa kita selaku usahawan perlu memperuntukkan 50% daripada urusan harian perniagaan kita secara unscheduled. Katanya, ini bagi membolehkan unplanned scenario dapat ditangani secara lebih baik. Bukan busy secara maksimum hingga tiada kelapangan untuk perkara2 lain.
Mufti Ismail Menk turut berpesan kepada para Muslimin untuk memperuntukkan sebahagian perkara secara tidak merancang. Ini sebagai peringatan bahawa tidak semua perkara dalam dunia ini berada di atas kuasa dan perancangan kita. Bimbang ia menjadikan kita rasa kesal dan kecewa dengan kegagalan tersebut lantas gagal memahami makna taqdir dan ketentuan Ilahi.
Kedua-dua hujjah ini menyediakan kaedah terbaik bagi kita sebagai usahawan utk tidak menjadi seperti robot yg terkongkong pada jadual semata-mata dan tidak juga seperti seorang peng'kecewa' yang berputus asa atas satu-satu kegagalan.
Be #positive and be flexible.

Wednesday, January 16, 2019

Usahawan dan Hari Baru

Ada seorang Iran migrate ke UK dengan sebatang kara melalui Turkey sebagai negara persinggahan bagi membolehkan dia mendapat hak utk memasuki negara tersebut. Sesampai di Turkey dia stranded di situ selama lebih sebulan. 

Setiap hari lelaki ini akan ke kedutaan UK di turkey bagi urusan dokumentasi namun setiap hari beliau pulang dengan tangan kosong dan perasaan kecewa. Ini kerana faktor geopolitik Iran yg tidak stabil dan tidak ada referral sebagai kenalan serta rujukan. 

Semasa di Turkey, dia menetap di sebuah lodger yg digunakan oleh immigrant yg senasib sepertinya. 

Pada suatu hari, dia sempat menegur seorang makcik tentang sudah berapa lama berada di situ dan tujuannya. Makcik ni menjawab yg dia sudah 4 tahun berada di situ dengan tujuan sama seperti dirinya. 

Pemuda ini terkejut bagaimana makcik ini mampu bertahan sabar dan tabah bagi tempoh 4 tahun sedangkan dia sudah mula merasa penat, frust dan kecewa. 

Makcik memberitahu yang kebanyakkan yg ada di lodger tersebut adalah rata2nya melebihi satu tahun. Ini menambahkan lagi keterujuannya utk mengetahui apakah kekuatan yg menyebabkan mereka mampu bertahan. 

Makcik memberitahu bahawa mereka semua beranggapan yg setiap hari adalah hari baru bagi mereka. Setiap hari sentiasa menjanjikan harapan baru dan peluang baru untuk dicuba dan diterokai. Masalah semalam tidak perlu dikira sebagai masalah carry forward sebaliknya anggaplah ia cabaran baru hari ini utk diselesaikan pada hari ini. 

Inilah rahsia yang membawa lelaki ini ke UK dan menjadikan beliau sebagai usahawan berjaya pada akhirnya. 




Tuesday, January 15, 2019

Usahawan dan Orang Lain

Tidak salah untuk seorang usahawan melihat mereka di sekeliling sebagai pembakar semangat. Ia boleh memberi keterujaan dan lebih pemahaman yang mungkin kita tidak tahu sebelum ini. Mungkin memberi peluang kepada kita untuk membetulkan dan memantapkan apa yang kita lakukan sekiranya ada yang lebih baik.

Ia adalah peluang untuk memantapkan ilmu, membina jaringan dan mengeratkan ukhuwwah. Ilmu, jaringan dan ukhuwwah adalah aset perniagaan yang terbina bukan atas modal wang ringgit dan keupayaan (al-qawiyyun) tetapi di atas dasar kepercayaan, maruah dan harga diri (al-amin). Ia terbina bermodalkan masa, kesungguhan dan keikhlasan
.
Tidak salah untuk seorang usahawan memerhati mereka di sekeliling namun ianya perlu secara berkadar dan terhad. Tidak boleh melampaui batas kerana kelak akan menimbulkan resah dan gelisah. Resah apabila timbul rasa kurang senang dengan tahap pencapaian sendiri, terasa rendah berbanding mereka di sekeliling yang telah jauh ke depan. Gelisah apabila rasa sesal dengan apa yang diusahakan tidak tercapai sebagaimana orang lain.



Berpada-pada lah kerana kejayaan kita adalah pada kayu ukur kita. Kejayaan orang adalah pada sukatan mereka. Ketahuilah kejayaan sebenar adalah pada 'berjayanya kita melakukan sesuatu bukan pada berhasilnya mencapai sesuatu.


Thursday, January 10, 2019

Usahawan dan Zikir

Banyak amalan, zikir-zikir, pantang larang hatta azimat diajar dan dikongsi kepada kita usahawan untuk digunakan sebagai pelaris dan penyebab kejayaan dlm berniaga. Pesan mereka, ramai dah berjaya dengan melakukan demikian dan demikian. Kata mereka lagi, dulu kedai ni orang tak tahu pun wujud tapi sekarang selepas melakukan amalan itu, kau tengok bagaimana majunya dia. 

Banyak betul bentuk-bentuk khurafat ini bermula dengan seberat-beratnya iaitu penggunaan tangkal, khidmat bomoh dan barakah 'guru-guru. Hinggalah seringan-ringannya pada mata kasar iaitu dengan pengamalan amalan-amalan yang tidak ma'thur dengan kepercayaan bahawa terdapat khasiat atau manfaat khusus dengan amalan-amalan tertentu atau ayat-ayat tertentu. 

Semua ini menyebabkan kebergantungan kepada Allah menjadi lunyai dan hilang. Segalanya dinodai dengan lebihnya percaya kepada bukan lagi Allah. 

Ada yang mendakwa bahawa perkara-perkara tersebut adalah sebagai pemudah cara, tauhid dan aqidah masih lagi tuntas kepada Allah Swt. Solat dan segala amalan wajib masih disempurnakan. Jadi mana mungkin ia telah terkorban. 

Nabi SAW diutuskan utk membersihkan aqidah drp kesyirikan kepada tauhid. Baginda diutuskan dengan wahyu hinggalah sempurnanya Islam dengan sempurnanya wahyu diturunkan. Tiada lagi penambahan mahupun rahsia yang tidak dikongsikan.

Maka segala amalan yg tidak ada athar atau berupa suruhan agama dengan pengharapan bukan sepenuhnya kepada Allah maka ia membawa kepada kesyirikan. 

Berhati-hati lah kita sebagai usahawan utk tidak sesekali menggadai aqidah dan tauhid kerana andaian keuntungan dan jualan. Kesemuanya tidak memberi manfaat sedikit pun kecuali dengan izin dan kuasa Allah Swt. 

Selamat bermunajat...

Wednesday, January 09, 2019

Usahawan dan Lokasi

Lokasi, lokasi dan lokasi. Ini adalah salah satu faktor besar yg menyumbang kepada berjaya atau tidak sesuatu perniagaan itu dilakukan. Tersalah pilih risikonya amat besar. Ia boleh menyebabkan perniagaan kita hingga ditutup.

Ada di kalangan kita berpendapat:
  1. Lokasi nombor dua yg penting kosnya murah dan produk/servis kita hebat. Orang akan cari punya.
  2. Nama dah glamour maka tempat tak penting sbb dah ramai dah follower abam ni. Sekali petik aje gerombolan turun cari. Kita kan crowd puller.
  3. Konsep dia lain dan memang tak jalan kalau duduk kat situ tapi konsep kita lagi advance dan mampu buat tempat tu jadi power.
Banyak lagi denial sydrom yg menjadi penyebab utk menafikan bahawa lokasi adalah juga faktor utk bisness berjaya.



Beberapa perkara yang perlu kita tahu berkenaan pemilihan lokasi:
  1. Bukan semua lokasi prime adalah sesuai utk semua jenis perniagaan. Ada yg margin kecil tak mampu survive sbb volume jualan tak dpt tampung kos sewaan sungguhpun kita jangka banyak jualan akan terhasil dr lokasi tersebut.
  2. Bukan semestinya lokasi prime akan confirm business berjaya kerana faktor maturity lokasi tersebut perlu diamil kira. Kalau kita awal masuk sebelum maturity maknanya kita jadi guinea pig utk test market sama ada lokasi tersebut okay ataupun tidak.
  3. Faktor-faktor lain seperti distance to control, staffing, accomodation, travelling cost, the man dan back up perlu diambilkira dalam menilai lokasi.


Akhir sekali ada satu pesanan khusus iaitu cuba elakkan utk mengambil lokasi di mana pernah ada perniagaan gagal di situ. Dan punca kegagalan tersebut adalah isu lokasi dan bukan isu teknikal.
Selamat memilih lokasi

Monday, January 07, 2019

Usahawan Boleh Mengarah


Bagi usahawan yg tidak mempunyai pekerja maka dia sendirilah pekerjanya. Manakala bagi usahawan yang mempunyai pekerja maka dia adalah majikan dan pekerjanya adalah orang yang berkhidmat untuknya. Hari ni kita cuba bincang berkenaan usahawan yang mempunyai pekerja.

Banyak kaedah telah diperkenalkan tentang pengurusan pekerja ini. Paling umum ialah dengan konsep SS (Suruh dan Suruh) dan TS (Tanya dan Suruh). Konsep SS ialah majikan akan mengarahkan pekerja tentang apa yang kena buat secara details. Makanala konsep TS ialah majikan memberikan garis panduan umum dan membenarkan pekerjanya sentiasa mencari inisiatif baru untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik.

Kedua-dua kaedah ini mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing bergantung kepada siapa dia majikan dan siapa pula pekerja. Ada jenis perniagaan memerlukan konsep SS untuk berjaya hinggakan kalau majikan tidak berada di depan mata maka pekerja tidak akan melakukan apa-apa. Setiap gerakan perlukan arahan.

Ada juga jenis perniagaan memerlukan konsep TS. Sekiranya tidak dilakukan demikian maka potensi business dan pekerja itu sendiri tidak mencapai ke tahap maksimum.

Kedua-dua perkara ini perlu diambil kira oleh usahawan agar tidak tersalah pilih konsep yang sesuai hinggakan ia merisikokan potensi perniagaan itu sendiri.

Selamat berkenalan dengan pekerja.....


Sunday, January 06, 2019

Usahawan dan Senyuman

Senyuman di bibir adalah petanda senangnya jiwa dan positifnya hati dalam sesuatu keadaan. Senyuman adalah penawan dan pemikat rasa terutama buat kita yang sentiasa berurusan dengan pelanggan baik secara langsung mahupun tidak langsung. Hinggakan receptionist di sebuah bank telah dinasihatkan oleh pihak pengurusan agar senyumannya didengari oleh pelanggan ketika menyambut panggilan telefon.

Entah bagaimana nak dibuat agar senyuman boleh didengari sebab yang berbunyi adalah ketawa sahaja manakala senyuman adalah sekadar riak muka semata-mata.

Benar bahawa senyuman itu adalah penarik rezeki dan masam muka pula penolak rezeki. Sungguh amat kecewa apabila kita datang untuk membeli atau mendapatkan perkhidmatan namun dilihat seolah-oleh musuh atau orang bersalah. Sedih sebab kita datang membawa bersama rezeki kepadanya tetapi kelihatan sebagai menyusahkan ataupun memberi beban.

Mungkin kita tetap hadir ke premis perniagaan tersebut bukan disebabkan attraction kemasaman tetapi kerana tiada alternatif lain. Namun sebagai usahawan jangan tidak tahu bahawa alternatif lain akan cuba dicari dan pelanggan ini akan tetap pergi jua...

Jadi hiaskan dengan senyuman dan indahkan dengan ketulusan.

Saturday, January 05, 2019

Usawahan Mesti Cerewet

Membuat sesuatu dengan terbaik adalah salah satu ciri bagi seorang usahawan. Untuk mendapatkan terbaik sering kali menjadikan kita agak cerewet dan tidak mudah berpuas hati.


Cerewet ini adalah bukan semata-mata mempunyai penyakit hati tetapi ia bagi membolehkan orang yang mendapat perkhidmatan kita memperolehi yang terbaik. Ia adalah satu standard subjektif yang hanya boleh diukur oleh tuannya sendiri.

Manakala pelanggan pula akan menilai tentang berapa serius kecerewetan usahawan ini berdasarkan sejauh mana kualiti perkhidmatan/produk mereka. Ia sama ada betul-betul berkualiti atau sekadar melepas batuk ditangga.

Kecerewetan ini penting kerana dengan adanya sifat ini kita akan sentiasa menghasilkan produk/servis berkualiti. Sentiasa tidak berpuas hati dan sentiasa inginkan yg terbaik namun tidak sesekali menyekat sesuatu produk/perkhidmatan itu daripada dihasilkan.

Jadilah cerewet tetapi jangan merepek....