Sunday, April 14, 2019
Usahawan vs 'Good Timing'
Saturday, April 13, 2019
Usahawan Vs Perbezaan Harga
Wednesday, January 16, 2019
Usahawan dan Hari Baru
Ada seorang Iran migrate ke UK dengan sebatang kara melalui Turkey sebagai negara persinggahan bagi membolehkan dia mendapat hak utk memasuki negara tersebut. Sesampai di Turkey dia stranded di situ selama lebih sebulan.
Setiap hari lelaki ini akan ke kedutaan UK di turkey bagi urusan dokumentasi namun setiap hari beliau pulang dengan tangan kosong dan perasaan kecewa. Ini kerana faktor geopolitik Iran yg tidak stabil dan tidak ada referral sebagai kenalan serta rujukan.
Semasa di Turkey, dia menetap di sebuah lodger yg digunakan oleh immigrant yg senasib sepertinya.
Pada suatu hari, dia sempat menegur seorang makcik tentang sudah berapa lama berada di situ dan tujuannya. Makcik ni menjawab yg dia sudah 4 tahun berada di situ dengan tujuan sama seperti dirinya.
Pemuda ini terkejut bagaimana makcik ini mampu bertahan sabar dan tabah bagi tempoh 4 tahun sedangkan dia sudah mula merasa penat, frust dan kecewa.
Makcik memberitahu yang kebanyakkan yg ada di lodger tersebut adalah rata2nya melebihi satu tahun. Ini menambahkan lagi keterujuannya utk mengetahui apakah kekuatan yg menyebabkan mereka mampu bertahan.
Makcik memberitahu bahawa mereka semua beranggapan yg setiap hari adalah hari baru bagi mereka. Setiap hari sentiasa menjanjikan harapan baru dan peluang baru untuk dicuba dan diterokai. Masalah semalam tidak perlu dikira sebagai masalah carry forward sebaliknya anggaplah ia cabaran baru hari ini utk diselesaikan pada hari ini.
Inilah rahsia yang membawa lelaki ini ke UK dan menjadikan beliau sebagai usahawan berjaya pada akhirnya.
Tuesday, January 15, 2019
Usahawan dan Orang Lain
Thursday, January 10, 2019
Usahawan dan Zikir
Wednesday, January 09, 2019
Usahawan dan Lokasi
Ada di kalangan kita berpendapat:
- Lokasi nombor dua yg penting kosnya murah dan produk/servis kita hebat. Orang akan cari punya.
- Nama dah glamour maka tempat tak penting sbb dah ramai dah follower abam ni. Sekali petik aje gerombolan turun cari. Kita kan crowd puller.
- Konsep dia lain dan memang tak jalan kalau duduk kat situ tapi konsep kita lagi advance dan mampu buat tempat tu jadi power.
- Bukan semua lokasi prime adalah sesuai utk semua jenis perniagaan. Ada yg margin kecil tak mampu survive sbb volume jualan tak dpt tampung kos sewaan sungguhpun kita jangka banyak jualan akan terhasil dr lokasi tersebut.
- Bukan semestinya lokasi prime akan confirm business berjaya kerana faktor maturity lokasi tersebut perlu diamil kira. Kalau kita awal masuk sebelum maturity maknanya kita jadi guinea pig utk test market sama ada lokasi tersebut okay ataupun tidak.
- Faktor-faktor lain seperti distance to control, staffing, accomodation, travelling cost, the man dan back up perlu diambilkira dalam menilai lokasi.
Monday, January 07, 2019
Usahawan Boleh Mengarah
Sunday, January 06, 2019
Usahawan dan Senyuman
Entah bagaimana nak dibuat agar senyuman boleh didengari sebab yang berbunyi adalah ketawa sahaja manakala senyuman adalah sekadar riak muka semata-mata.
Benar bahawa senyuman itu adalah penarik rezeki dan masam muka pula penolak rezeki. Sungguh amat kecewa apabila kita datang untuk membeli atau mendapatkan perkhidmatan namun dilihat seolah-oleh musuh atau orang bersalah. Sedih sebab kita datang membawa bersama rezeki kepadanya tetapi kelihatan sebagai menyusahkan ataupun memberi beban.
Mungkin kita tetap hadir ke premis perniagaan tersebut bukan disebabkan attraction kemasaman tetapi kerana tiada alternatif lain. Namun sebagai usahawan jangan tidak tahu bahawa alternatif lain akan cuba dicari dan pelanggan ini akan tetap pergi jua...
Jadi hiaskan dengan senyuman dan indahkan dengan ketulusan.
Wednesday, January 02, 2019
Usahawan dan Ilmu (Part 2)
Kategori kedua ilmu yang perlu dikuasai oleh para usahawan adalah ilmu rohani. Ia merangkumi aspek 'al' amin' yang berkaitan dengan kekuatan jiwa, ketajaman minda, ketinggian akhlak dan kekukuhan iman.
Sebahagian drp ilmu ini diperolehi drp proses pembelajaran dan sebahagian lagi melalui pengalaman, latihan, penghayatan dan amalan.
Ilmu ini melatih kita utk menjadi amanah dan bermaruah pada setiap masa. Tidak mengkhianati sesuatu tanggungjawab sungguhpun diuji dengan getir dan payah.
Amanah dan maruah bukan setakat dipakai bahkan dijiwai dengan sepenuhnya.
Ilmu ini menjadikan 'quality centric' diamalkan pada setiap perkara. Tekun dan konsisten sentiasa diamalkan bagi setiap masa dan ketika. Natijahnya, kualiti bukan sahaja wujud pada produk/servis tetapi juga pada diri kita sebagai usahawan.
Tekanan, kepayahan dan kesempitan adalah sekolah pengalaman yang benar-benar mengajar kita erti kekuatan dan ketahanan.
Andai berjaya melepasinya, maka kita akan menjadi lebih lunak dan rendah diri di dalam berurusan. Tidak sombong dan berbesar diri dengan sesiapa pun. Menolong sedaya mungkin serta berkhidmat sepenuh hati.
Ilmu inilah pelengkap kepada usahawan. Tanpanya perniagaan tempang dan cacat. Mungkin laku keras namun tiada berkat. Mungkin jenama gah namun tidak bertahan.
Jadi kuasailah ilmu ini bagi menjadikan perniagaan kita bukan setakat berfizikal tetapi juga berjiwa dan mempunyai roh.
Ingin mendapatkan tips harian usahawan, boleh klik
https://chat.whatsapp.com/HJWbTK0XtVMBZLNY9aumis




