Showing posts with label bisness. Show all posts
Showing posts with label bisness. Show all posts

Friday, December 13, 2013

Simplified Untuk Mengekalkan Kualiti

Untuk  membolehkan bisness pembuatan dan perkhidmatan berkembang dengan mempunyai banyak cawangan dan saiz, proses-prosesnya hendaklah bersifat MUDAH DAN RINGKAS.

Proses hendaklah tidak SUSAH untuk diikuti dan tidak PAYAH untuk difahami. Arahan hendaklah JELAS dan diterima sebagaimana disampaikan. Kebarangkalian untuk arahan disalahertikan hendaklah diminimumkan dan KEFAHAMAN kepada arahan hendaklah SAMA bagi setiap mereka yang menerima arahan.

Antara perkara yang boleh dilakukan bagi meringkaskan proses yang RUMIT ialah :-

  1. lakarkan keseluruhan proses yang biasa dilakukan di atas sekeping kertas.
  2. groupkan proses berdasarkan kesamaan yang ada.
  3. kenal pasti PENGHUBUNG bagi setiap satu proses.
  4. eliminate proses-proses yang bersifat BERTINDIH.
  5. selaraskan 'bottleneck' di antara satu proses kepada proses yang lain.
  6. bagi setiap satu proses, cuba RINGKASKAN sebaik mungkin TETAPI berhati-hati agar KEKUATAN sesuatu produk/servis tidak TERKORBAN disebabkan oleh 'simplified' yang dilakukan. Sekiranya ia akan menjejaskan produk, kaji adakah penjejasan tersebut berbaloi atau tidak dengan simplified yang dilakukan. 
Dengan kata lain, sekiranya proses 'simplicity' dapat memastikan pengeluaran produk/servis adalah standard bagi setiap kali pengeluaran dengan perubahan tidak kurang daripada 80% - 90% daripada tahap ASAL, maka ianya dikira memuaskan. Tapi sekiranya proses simplicity itu akan merubah produk asal kepada yg lain maka ianya perlu dielakkan.

Tuesday, December 10, 2013

Perancangan Perniagaan

Bisness perlu dibuat dengan perancangan, ada yang bertulis dan ada tanpa bertulis. 
Bisness adalah umpama satu perjalanan yang dibuat di malam hari yang gelap gelita, tanpa bulan, bintang, lampu dan cahaya. Perancangan pula adalah lampu dan peta yang akan digunakan sebagai pedoman yang akan membantu di dalam gelap.  Ada kalanya peta tidak sama dengan realiti kerana peta hanya sama ketika ianya dilukis manakala realiti pula sentiasa berubah mengikut keadaan dan masa.

Andai ianya berubah maka si musafir (bisnessman) hendaklah pandai membaca peta tersebut dengan merubah dan menyesuaikan bentuk alam sekitar sesuai dengan peta yang dimiliki. Begitulah ibaratnya perancangan perniagaan bagi seorang usahawan, ianya berperanan untuk menyuluh kegelapan dan menunjuk jalan, andai realiti perniagaan adalah tidak seperti dirancang maka bisnessman hendaklah pandai merubah dan menyesuaikan perancangan tersebut dengan realitiya.

Perancangan bukan bersifat exclusive dan tidak berubah tetapi ianya hendaklah flexible dan mudah laras. Perancangan tidak menyusahkan kerana dengannya hala tuju dan matlamat boleh dirancang. Gambaran kejayaan menjadi jelas dan matlamatnya menjadi pasti. Gagal untuk menyediakan perancangan adalah merupakan perancangan untuk menempa kegagalan. Namun, mempunyai perancangan bukan bermaksud pasti akan memperolehi kejayaan kerana perancangan hanyalah langkah pertama untuk mencapai kejayaan. 


 Gambar hanya sekadar hiasan....