- Di larang mencampakkan diri dan keluarga ke dalam lembah kehancuran.
- Perkara yang membahayakan ini akan menutup segala peluang dan ruang.
- Larangan ini adalah merupakan salah satu kaedah mitigasi risiko di dalam mengahadapi aturan kehidupan harian.
- Islam tidak mengikat kita agar menjadi penakut daripada mengambil sebarang tindakan yang berisiko.
- Tidak juga melepaskan tanpa apa-apa perikatan yang menyebabkan kita menjadi terlampau berani, sambrono serta bertindak secara membuta tuli.
- Sebaliknya jalan ‘wasati’ (pertengahan) adalah pilihan terbaik dengan meletakkan mitigasi yang sepatutnya bagi mengurangkan risiko kegagalan dan meningkatan peluang kejayaan.
- Kemusnahan atau terkorban adalah bukan hanya bermaksud kehancuran fizikal semata-mata tetapi juga perkara-perkara yang menyebabkan kemusnahan peluang, perasaan, kebolehan, pengalaman dan pelbagai lagi yang berbentuk tidak fizikal.
- Dalam menghadapi situasi yang tidak pasti tentang bahaya tidak sesuatu perkara, maka sebaiknya untuk kita berhati-hati dengan berjalan dengan lebih perlahan, mata lebih awas dan hati sentiasa menilai dan mencari perkara yang tersirat dan tersurat dalam setiap tindakan.
Showing posts with label Amanah. Show all posts
Showing posts with label Amanah. Show all posts
Monday, August 10, 2015
Mencari Selamat Di Dalam Memilih
Friday, September 12, 2014
Ayah yang Macho adalah Ayah yang Lembut
"Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani"
Seorang lelaki yang ‘macho’ mungkin dinilai pada wajahnya, ketampanannya, ketegasannya atau karismanya. Wajah yang handsome yang menjadi igauan ramai, ketampanan yang seakan-akan lelaki Melayu perkasa yang terakhir pada zaman ini dan ketegasan dan kebengisan yang seolah-olah semut pun takut untuk bertutur dengan kehadiran dia. Sekiranya ini yang ditafsirkan sebagai lelaki ‘macho’ maka dunia ini akan menjadi keras, kontang dengan lemah lembut dan kering daripada kasih sayang. Kerana itu, Nabi SAW telah memberikan contoh yang mengagumkan di tengah-tengah ke’macho’an kaumnya dengan menjadi insan yang lemah lembut kepada kanak-kanak dan menghormati kepada para wanitanya. Nabi SAW pernah mencium cucundanya Alhasan Bin Ali dan pada masa itu terdapat sahabatnya yang bernama Al-Aqra’ Bin Habis AlTamimi, berkata Al-Aqra’ “Sesungguhnya aku mempunyai 10 orang anak, tidak pernah aku menciumi seorangpun daripada mereka.” Kemudian Rasulullah SAW memandang kepadanya kemudian berkata "من لا يرحم لا يرحم" – Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.
Hadis di atas cukup untuk menjelaskan bahawa seorang lelaki ‘macho’ sifatnya adalah lemah lembut dan berkasih sayang degan anak-anak. Tidak terlampau keras dan tidak terlampau garang. Ada yang berkata, ‘aku sayang kepada anak-anak, tetapi aku tak nak tunjuk sebab aku nak mereka takut dan gerun dengan aku’. Andai kata-kata ini benar, mustahil untuk Rasulullah SAW mencium cucunya di hadapan Al-Aqra’. Namun Rasulullah SAW melakukannya tanpa berselindung dan sembunyi-sembunyi. Tiada aib dan tidak menjatuhkan martabat seorang lelaki. Rasa takut anak-anak bukan penyebab untuk menjadikan mereka lebih berakhlak dan lebih pandai, namun rasa takut mampu untuk menjadikan mereka seorang yang hipokrit dan berpura-pura.
Anak-anak mempunyai hati yang lurus dan lembut. Sekiranya yang lembut ini sentiasa dikasari dan dimarahi, lambat laun yang lurus akan menjadi bengkok dan yang lembut akan bertukar keras. Lihatlah bagaimana getah yang lembut bila sentiasa dipanaskan, lama kelamaan, ia akan bertukar menjadi keras.
Namun untuk menjadi lemah lembut tidak bermakna perlu mengabaikan ketegasan kerana seorang ayah yang baik adalah merupakan pemimpin yang disayangi kerana ketegasannya dan kebaikannya. Islam mengajar untuk ayah bertindak tegas dengan menyuruh anaknya solat ketika berumur 7 tahun dan memukulnya ketika berumur 10 tahun. Namun pukulan ini adalah bukan pukulan yang mencederakan tetapi ia adalah pukulan untuk mendidik dan mengajar,
Sunday, October 27, 2013
Sumber Manusia Melalui Kisah Nabi Musa AS
Perlantikan adalah proses
memilih, menerang (memberi penerangan) dan menyerah tugasan kepada sesuatu
individu yang telah terpilih. Proses pemilihan ini dibuat berdasarkan beberapa
teori yang telah dikaji oleh mereka-mereka yang pakar di dalam kajian ‘sumber
manusia’. Ada teori yang serasi dengan perlaksanaannya dan ada juga terpesong
dari hala tujunya. Kebanyakkan teori pemilihan didasarkan kepada pengalaman
lepas , peringkat pendidikan dan kelulusan serta rekemendasi mereka yang telah
mengenali calon tersebut. Kombinasi ciri-ciri yang memuaskan akan membantu
pemilih untuk melantik seseorang bagi satu-satu tugasan yang telah diputuskan.
Berdasarkan ayat 26 Surah
Al-Qasas yang berbunyi :-
قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ ۖ
إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ
Bermaksud : Salah seorang di antara perempuan yang
berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan
(menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil
bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah"
Ayat di atas menggariskan dua ciri utama di dalam satu-satu
perlantikan iaitu :-
- Kuat
- Amanah
Ciri pertama yang diutarakan
ialah kuat. Kuat di dalam ayat di atas bermaksud kuat tubuh badan di mana
Baginda Musa A.S secara badaninya mempunyai kekuatan fizikal yang mantap dan
kekuatan yang luar biasa. Baginda mampu mengangkat batu yang menutupi telaga
yang biasanya memerlukan kekuatan sepuluh lelaki mampu diangkatnya
berseorangan. Kekuatan fizikal ini menjadi hujjah utama kepada puteri Nabi
Allah Syuaib A.S (sebagaimana dinukilkan oleh Ibn Kathir bahawa pendapat ini
disokong oleh Hasan AlBasari mengikut riwayat Ibn Jarir) untuk ayahnya melantik
Nabi Musa AS sebagai pekerja penternakannya.
Tugasan penternakan memerlukan
kekuatan fizikal. Sebagai translasi kepada tugasan-tugasan lain kekuatan
bolehlah diterjemahkan sebagai kemampuan yang perlu dimiliki bagi seseorang untuk
melaksanakan satu-satu tugasan. Sebagai contohnya, jika yang ingin dilantik
ialah seorang guru Al-Quran, maka kemampuan calon hendaklah seorang yang
mempunyai kemampuan membaca Al-Quran dengan baik serta mempunyai ilmu Al-Quran
yang mendalam. Kebolehannya yang melangkaui kebolehan orang lain menggambarkan
kekuatan dirinya berbanding yang lain. Asas utama ini adalah merupakan pra
syarat utama di dalam melantik seseorang. Sekiranya ianya tidak dipunyai maka
calon tersebut hendaklah digugurkan.
Ciri kedua ialah amanah di mana
dengannya sesuatu perlaksanaan akan dapat disempurnakan sebagaimana dihajatkan
oleh pemberi amanah. Amanah adalah melibatkan kepercayaan satu individu kepada
individu yang lain. Dan seorang yang amanah akan menjaga kepercayaan individu
yang lain itu terhadap dirinya. Penjagaan amanah ini bukan hanya diperingkat
permukaan semata-mata tetapi ianya melibatkan kepercayaan secara keseluruhan
atas dan bawah, luar dan dalam. Dengan kata lain, seseorang itu hendaklah
amanah dan hendaklah kelihatan amanah (Trust and look to be trusted).
Ciri tambahan yang boleh
digarapkan daripada pengisihan pemilihan Nabi Musa AS sebagai pekerja Nabi
Shuaib AS adalah berkenaan dengan PENDAPAT PIHAK KETIGA. Baginda meminta
pandangan anak perempuannya yang telah mengenali Nabi Musa AS berkenaan dengan
pandangan beliau terhadapnya. Pandangan pihak ketiga ini diambilkira dengan
syarat pihak ketiga ini adalah dikenali dan diyakini.
Secara keseluruhannya, peristiwa
Nabi Musa AS ini boleh diambil iktibar sebagai input yang penting di dalam
melakukan satu-satu transaksi yang melibatkan pemilihan seseorang yang akan
dilantik di dalam satu-satu jawatan. Dua prasyarat iaitu KEKUATAN dan AMANAH
serta satu kaedah iaitu DAPATAN PIHAK KETIGA perlu dijadikan input di
dalam pemilihan satu-satu jawatan tidak kira ianya di peringkat korporat,
kerajaan, individu ataupun organisasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)

