Monday, December 07, 2015
Berhati-hati Dengan Tindakan Kita
Sunday, November 22, 2015
Cadangan Buku Oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan
Pelajaran Tahap Pertama (Umur 10-15 tahun)
(1) Al-ma'rifah - Syaikh Abdul Karim Rifa'i
(2) Al-Aqa'id - Imam Hasan Al-Banna
(3) Al-Jauhar Al-Kalamiyah - Prof Thahir Al-Jaza'iri
Pelajaran Tahap Kedua (usia baligh hingga 20 tahun)
(1) Usul Al-'Aqa'id - Prof Abdullah Al-'Urwani
(2) Al-Wujudul - Haq - Dr Hasan Al-Huwaidi
(3) Syubuhat wa Rudud - Dr Abdullah Nasih Ulwan
Pelajaran Tahap Ketiga (20 tahun dan ke atas)
(1) Kubri Al-Yaqiniyat Al-Kauniyah - Dr Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buthi
(2) Allah Jalla Jalaluhu - Prof Sa'id Hawwa
(3) Qaishatul Iman - Prof Nadim Al-Jasr
Sunday, October 11, 2015
PENAMAAN PADA ANAK
Monday, August 10, 2015
Mencari Selamat Di Dalam Memilih
- Di larang mencampakkan diri dan keluarga ke dalam lembah kehancuran.
- Perkara yang membahayakan ini akan menutup segala peluang dan ruang.
- Larangan ini adalah merupakan salah satu kaedah mitigasi risiko di dalam mengahadapi aturan kehidupan harian.
- Islam tidak mengikat kita agar menjadi penakut daripada mengambil sebarang tindakan yang berisiko.
- Tidak juga melepaskan tanpa apa-apa perikatan yang menyebabkan kita menjadi terlampau berani, sambrono serta bertindak secara membuta tuli.
- Sebaliknya jalan ‘wasati’ (pertengahan) adalah pilihan terbaik dengan meletakkan mitigasi yang sepatutnya bagi mengurangkan risiko kegagalan dan meningkatan peluang kejayaan.
- Kemusnahan atau terkorban adalah bukan hanya bermaksud kehancuran fizikal semata-mata tetapi juga perkara-perkara yang menyebabkan kemusnahan peluang, perasaan, kebolehan, pengalaman dan pelbagai lagi yang berbentuk tidak fizikal.
- Dalam menghadapi situasi yang tidak pasti tentang bahaya tidak sesuatu perkara, maka sebaiknya untuk kita berhati-hati dengan berjalan dengan lebih perlahan, mata lebih awas dan hati sentiasa menilai dan mencari perkara yang tersirat dan tersurat dalam setiap tindakan.
Sunday, July 19, 2015
Oh Kelantan ku...
Negeri ini pernah digelar sebagai tanah berkah, pernah juga dinamakan sebagai tanah ujian. Dinamakan berkah kerana ia pernah menjadi serambi ilmu agama dengan banyaknya pondok-pondok, ramainya alim ulama dan banyaknya majlis ilmu. Suburnya aktiviti ilmiah menjadikan negeri ni sejuk dengan keberkatan dan teduh dengan kerahmatan.
Dinamakan sebagai tanah ujian kerana ia sering diuji Allah dengan bencana banjir atau bah besar. Fenomena alam yang berlaku bukan kerana sumpahan sesiapa. Tetapi mungkin faktor manusia tamak yang menggondolkan hutan menyebabkan ekosistem menjadi tidak terancang dan menambah teruk keadaan banjir tahunan yang sering berlaku.
Dalam kedua-dua keadaan, ia menjadi sinonim dengan kehidupan orang di negeri ini yang menyebabkan rasa sayang mereka sentiasa melekat. Rasa untuk pulang sentiasa di benak hati bagi setiap yang merantau lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan perayaan/acara besar atau bencana.
Satu negeri, satu bangsa, dua keadaan dan dua suasana pulang dengan dua keadaan yang berbeza-beza. Keadaan pertama pulang dengan gembira berjumpa sanak saudara untuk bersama-sama menyambut hari raya yang menghubung silatur rahim. Keadaan kedua pulang dengan hiba dan sayu berjumpa sanak saudara dengan tujuan memberi sokongan baik dengan wang ringgit, pakaian dan makanan.
Balik raya dengan wajah ceria, suka dan bahagia tetapi yang pulang kerana bencana dengan wajah cemas, tiada senyum kecuali rasa ihsan, sedih dan sayu. Kesemua ini berlaku dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun. Bahagia dan sedih, senang dan susah.
Kedua-dua keadaan ini menggambarkan bagaimana kuasaNya Allah untuk memberikan rasa nikmat serta menguji dengan niqmah (ujian) kepada hambaNya. Ia membuktikan tentang bagaimana Allah Azzawajalla mampu merubah yang bahagia hingga terlupa segala derita dan yang derita sehingga terlupa segala bahagia.
Nabi s.a.w menceritakan kepada kita tentang kedahsyatan neraka dan kenikmatan syurga dalam sabdanya:
“Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yang menjadi orang ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!”. Lalu dibawa seorang penduduk dunia yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”. (Riwayat Muslim).
Begitulah hebatnya Allah di dalam mengawal dan mengatur perasaan manusia. Meletakkan tabah pada kesukaran dan meletakkan bahagia pada kesukaan. Datangnya kesenangan hinggakan kesakitan dahulu boleh terhilang. Datangnya kesakitan hinggakan wujud ketabahan yang sebelumnya seakan-akan mustahil untuk muncul.
Dalam apa jua keadaan, kita hendaklah sentiasa bersyukur dan bersabar di atas segala yang dimiliki dan dihadapi. Baik di dalam kesenangan mahupun di dalam
Friday, December 26, 2014
Bersangka Baik Dengan Takdir Ilahi
Tuesday, August 12, 2014
Tanggungjawab Materialis
Tuesday, July 15, 2014
Akhlak Luaran Vs Akhlak Dalaman
Thursday, July 03, 2014
The Singaporean Scholars and Reliogious Teachers Association (PERGAS)
- Muslims should base their relationship with non-Muslims on a positive foundation, not on negative ones like war, hate and revenge.
- The least Muslims should do is to be neutral, and to avoid prejudice and suspicious towards those of a different religion.
- This is the positive foundation upon which should be established various types of relationship such as cooperation, and feelings such as love and affection.
- Islam recognizes the natural tendency to form various types of relationship and alliances among men.
- Islam recognizes that not all non-Muslims are the same, and similar in their negative outlook towards Muslims. Each group should be appropriately assessed and dealt with accordingly.
- A difference in religion neither justifies hate for non-Muslims nor disallows feelings of love and affection for them.
- A difference in religion alone does not warrant war being the basis of relationship between Muslims and non-Muslims.
- Harbouring the belief that all non-Muslims are anti-Islam or Harbi (hostile) and hence should be hated and resisted, is not conducive for the purpose of dakwah (propogation of Islam) This is a prejudice and is similar to the misconception amongst some non-Muslim that all Muslims are terrorist and fundamentalists. Both these parties are actually closer to an extremist stand rather than a reasonable one.
- For the benefit of dakwah, Muslims should strive for more positive relationship with, and feelings for non-Muslims, without condoning their disbelief, and as long as they do not work against Islam's interests nor involve immoral acts.
- If Muslims are hostile to anyone who is non-Muslim, it should only be because of the hostility of the non-Muslims to Islam and Muslims. In the absence of such hostility, Muslims should not be hostile to them. The procedure in fiqh (jurisprudence) is; "Judgement is based on 'Illah (reason) when it is present, and when it is absent."
Sunday, March 16, 2014
Hendaklah Sentiasa Bersikap Baik
- Salam yang disampaikan oleh seorang Muslim kepada insan yang lain (terutama mereka yang mempunyai niat yang jahat) mampu untuk menurunkan amarah bilamana salam tadi dijawab dan dihayati oleh mereka.
- Seorang Muslim yang elok akhlaknya akan sentiasa tenang dan berbaik sangka dengan insan yang lain. Oleh kerana itu, bagi seorang Muslim tiada halangan baginya untuk memberi salam kepada yang lain sungguhpun mereka ialah musuhnya.
Sunday, February 09, 2014
Sindiket Sedekah
Thursday, February 06, 2014
Iman Bukan Pada Usia
Iman itu tidak punya usia,
Iman tidak muda,
Iman juga tidak tua,
Iman tidak pada yang jemu,
Iman tidak pada yang malas,
Iman tidak pada yang marah,
Iman tidak pada yang sombong,
Iman tidak kenal letih,
Iman tidak kenal penat,
Iman tidak kenal sakit,
Iman tidak kenal pedih,
Iman tidak berbeza,
Bagi si muda dan si tua,
Bagi yang teruna dan yang dara,
Bagi yang kaya mahupun yang miskin,
Iman pada yang muda itu baik,
Iman pada yang kuat itu elok,
Iman pada yang perkasa itu izzah,
Sebaik-baik iman adalah dipenghujungnya,
Sebaik-baik pengakhiran adalah dengan iman,
Kerana iman syaratnya ke syurga,
Dan iman bentengnya neraka....
Tuesday, December 17, 2013
Iman dan Hati
Iman bertambah dengan usaha dan iman berkurang dengan alpa,
Usaha atas iman menghasilkan tunas taqwa,
Usaha atas taqwa mewujudkan ihsan,
Jika iman diisi syaitan lari,
Jika nafsu diisi syaitan penuhi,
Bila insaf hati kalut,
Bila menyesal kepala serabut,
Tapi parut dosa boleh tercabut,
Dengan taubat penyesalan 'se-laut'
Kerana kelak akan berakar,
Akar sifatnya mencengkam memegang,
Payah dicabut sampai ke dasar,
Mohonlah agar tidak berulang, bercambah dan berbiak...
Saturday, September 21, 2013
Peranan 'Working at Home Mum'
Monday, September 09, 2013
Perbankan Islam Fardhu Kifayah
Negara-negara teluk telah lama memperkenalkan perundangan syariah sebagai asas perundangan, namun dalam urusan perdagangan umumnya dan perbankan khususnya, mereka banyak mengutamakan perundangan sivil atau konvensional.
Apakah puncanya:-
(a) ballantyne (1987) berpendapat bukannya kerana perundangan Islam tidak sesuai tetapi perjanjian konsesi (perjanjian) penuh dengan 'irregularities' yang boleh menyebabkan perjanjian tersebut tidak sah (jika dibuat berdasarkan syarat2 islami)
Adakah ini disebabkan oleh perbezaan pandangan (information asymmetry) di antara orang agama dan orang industri. Jika benar maka ulama industri diperlukan dan ianya fardhu kifayah yang perlu diusahakan....
Friday, August 23, 2013
Mesti Mengelakkan Perjanjian Haram
Begitu juga dalam urusan harian yang bunyinya
agak lebih tersusun seperti perjanjian pinjaman yang bukan Islami dengan tujuan
untuk pembelian keperluan di dalam kehidupan seperti rumah dan kereta. Ianya nampak
sah dari sudut perundangan dunia, namun haram dari sudut agama kerana pinjaman
yang bukan Islami adalah didasarkan kepada kaedah riba dan riba adalah haram di
dalam Islam. Persetujuan di dalam perjanjian oleh pemberi dan penerima tidak
menjadi alasan untuk menghalalkan perkara yang haram. Masyarakat hendaklah
mengetahui bahawa wujudnya pengharaman adalah bagi mengelakkan bencana yang
lebih besar yang sudah diketahui oleh Allah SWT yang Maha Pencipta dan Maha Penjaga.
Tidak dinafikan bahawa di dalam satu-satu perkara haram itu ada kebaikan, namun
keburukannya adalah lebih besar.Sunday, May 26, 2013
Berhibur di dalam Islam
Monday, December 03, 2012
Mutawalli
One of the key elements in our corporate waqf is Mutawalli. Monzer Kahf
Sunday, October 21, 2012
The Benefits of 'La ilaha Illa Allah'
- The Prophet Yunus AS shown us an example of a truly submission to Allah SWT in which the total submission had being given solely to Allah SWT long time ago prior to the tragedy happened. The pray that he made while inside the stomach of whale is a proof of the truly submission that the only source of power that he had is only Allah SWT. Meanwhile, Firaun did the same was due to his frightening experience not because of the feeling having a God, the Creator and the Almighty.
- The Prophet Yunus AS spelt the oath with a vivid and precise condition not like Firaun which was still put the element of ambiguity, confuse and doubt.
- Firaun provided an oath by replicating the believe of Bani Israil but the Prophet Yunus AS made an oath based on strong facts and clear confidence.




