Showing posts with label gharar. Show all posts
Showing posts with label gharar. Show all posts

Friday, January 10, 2014

Jauhkan Gharar di dalam Perjanjian

Pastikan perniagaan anda HALAL dengan menjauhkan Gharar (ketidakpastian). Elakkan perniagaan kita daripada:-

(a) Transaksi hendaklah bebas daripada ketidakpastian berkenaan PERKARA dan NILAI yang diniagakan.

(b) BARANGAN hendaklah diketahui, dipastikan dan boleh diserah milik serta kedua-dua pihak (pembeli dan penjual) mengetahui berkenaan barangan tersebut.

(c) KUALITI dan KUALITI hendaklah jelas.

(d) TANGGUNGJAWAB dan HAK setiap mereka yang terlibat hendaklah jelas dan tidak diragui

(d) Tidak mempunyai unsur-unsur KETIDAKPASTIAN dari sudut kewujudan barangan/perkhidmatan dan mereka yang terlibat hendaklah mengetahui keadaan/spesifikasi produk atau perkhidmatan yang akan diperniagakan.

Friday, August 23, 2013

Mesti Mengelakkan Perjanjian Haram

Islam tidak mengiktiraf perjanjian di dalam perkara yang haram yang membawa kepada kederhakaan seseorang itu kepada Allah SWT. Perjanjian-perjanjian adalah merupakan kaedah atau alat bagi seseorang itu untuk mencapai sesuatu tujuan. Andai tujuan yang ingin dicapai itu adalah haram maka secara tidak langsung perjanjian yang diadakan juga akan menjadi haram sungguhpun kaedah perjanjian yang dibuat itu telah memenuhi syarat-syarat perjanjian. Contohnya, seorang pencuri, si A berjanji dengan si B untuk bertemu di Masjid Negeri semasa azan Isyak dengan tujuan untuk mencuri kasut-kasut berjenama para Jemaah masjid. Perjanjian ini telah memenuhi syarat ijab dan qabulnya serta mempunyai saksi, namun tujuannya adalah haram maka secara tidak langsung perjanjiannya juga adalah haram.

Begitu juga dalam urusan harian yang bunyinya agak lebih tersusun seperti perjanjian pinjaman yang bukan Islami dengan tujuan untuk pembelian keperluan di dalam kehidupan seperti rumah dan kereta. Ianya nampak sah dari sudut perundangan dunia, namun haram dari sudut agama kerana pinjaman yang bukan Islami adalah didasarkan kepada kaedah riba dan riba adalah haram di dalam Islam. Persetujuan di dalam perjanjian oleh pemberi dan penerima tidak menjadi alasan untuk menghalalkan perkara yang haram. Masyarakat hendaklah mengetahui bahawa wujudnya pengharaman adalah bagi mengelakkan bencana yang lebih besar yang sudah diketahui oleh Allah SWT yang Maha Pencipta dan Maha Penjaga. Tidak dinafikan bahawa di dalam satu-satu perkara haram itu ada kebaikan, namun keburukannya adalah lebih besar.

Walau bagaimanapun, perjanjian di atas perkara yang halal dan baik juga boleh menjadi haram sekiranya terdapat di dalam perjanjian itu unsur-unsur penipuan (maisir) dan ketidaktentuan (gharar). Kedua-dua unsur ini akan mewujudkan ketidakadilan di dalam perjanjian dan akan menganiayai salah satu pihak di dalam perjanjian tersebut. Mudahnya Islam kerana perjanjian yang termetrai dan terlaksana secara Islami akan menjamin keadilan dan kesamaan hak. Tidak ada yang akan teraniaya dan menganiaya. Jaminan Islam adalah merupakan jaminan keselamatan.