Showing posts with label #YIIM #yiim. Show all posts
Showing posts with label #YIIM #yiim. Show all posts

Tuesday, March 27, 2018

Kewajipan Mendidik Sebagai Ibubapa

Mendidik anak-anak adalah merupakan kewajipan kepada ibu bapa dan penjaga. Anak-anak tidak dilahirkan dengan mengetahui segala sesuatu tanpa diberikan pendidikan dan pengisian. Ia adalah benar bahawa anak-anak mempunyai kelebihan dan kepandaian yang berbeza-beza namun kebolehan tersebut perlu diraikan dengan pendidikan yang betul dan tepat.



Nik Abdul Aziz Nik Mat (2014) menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh anggota badan manusia adalah refleksi daripada pendidikan yang dimasukkan ke dalam diri manusia seperti sebiji gelas yang dimasukkan dengan air. Kalau gelas itu tumpah, yang tumpah keluar daripada gelas itu adalah air. Kalau dalam gelas itu pasir, maka yang tumpah keluar adalah pasir juga. Kalau ada objek lain di dalam gelas itu, maka yang tumpah keluar adalah objek itulah.

Diri anak-anak adalah bekas yang akan menempatkan pengisian yang berupa ilmu dan pendidikan oleh ibubapa mereka. Pengisian yang elok akan membawakan natijah yang sempurna kepada diri anak-anak dan sebaliknya.

Sungguhpun tugas ibubapa adalah untuk mendidik namun mereka juga mempunyai pengetahuan yang terhad dan maklumat yang terbatas. Oleh sebab itu, tidak menjadi aib bagi seseorang ibu atau bapa untuk mengatakan tidak tahu pada sesuatu perkara. Bahkan jawapan tersebut adalah lebih amanah berbanding dengan mereka-reka jawapan yang muncul tanpa disandarkan kepada maklumat dan fakta yang benar.

Walau bagaimanapun, jawapan ‘tidak tahu’ tersebut tidak boleh menjadi teras tunggal kepada persoalan yang ditanyakan oleh anak-anak dan dibiarkan tanpa jawapan yang sepatutnya. Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa untuk mendapatkan jawapan yang sebenar berdasarkan fakta-fakta yang tepat dan betul.

Terdapat beberapa kategori ibubapa di dalam normal kehidupan ini iaitu:

(1)       Mereka yang mempunyai ilmu dan mengajar anak-anaknya dengan ilmu tersebut
(2)       Mereka yang punya ilmu tetapi tidak berkongsi dengan anak-anaknya (disebabkan kesibukan kerja dan lain-lain),
(3)       Mereka yang tidak atau kurang mempunyai ilmu tetapi ingin berkongsi dengan anak-anak
(4)       Mereka yang tidak punya ilmu dan tidak berminat untuk berkongsi dengan anak-anak.

Kepelbagaian kategori ibubapa ini menghasilkan kaedah yang pelbagai serta hasil yang berbeza di dalam pendidikan si kecil. Di sini ilmu memainkan peranan yang penting dan kerana itu menjadi tanggungjawab kepada ibubapa untuk berilmu dan berusaha untuk mendapatkan ilmu.

Menjadi ibubapa adalah bukan semata-mata bersifat organik (terjadi dengan sendiri) tetapi ia perlu dibuat dengan persediaan dan perancangan yang bukan terikat kepada wang ringgit semata-mata tetapi turut terpaut kepada persediaan ilmu agama dan kekeluargaan Islam.

Ini kerana keluarga yang akan diwujudkan adalah keluarga yang akan melahirkan anak yang akan membesar pada zaman mereka. Zaman di mana keadaan dan cabaran adalah berbeza daripada zaman ini. Dikatakan Saidina Ali R.A. berkata:

"Ajarilah anak-anakmu tentang apa yang bukan kamu ketahui kerana mereka dicipta bukan untuk zamanmu"

Walaubagaimanapun, ilmu agama adalah asas yang akan dipasakkan ke dalam hati-hati pelapis yang mana ia akan menjadi pembentuk kepada perubahan dan pemangkin kukuh daripada diubah.

Sungguhpun, zaman mereka adalah berlainan tetapi teras agama adalah sama dan ia akan kekal hingga ke penamat dunia. Kerana itu, ibubapa adalah bertanggungjawab untuk berilmu dan mencari ilmu agar apa yang diisi ke dalam gelas kelak adalah bukan racun tetapi ia adalah madu dan ubat yang berguna.

#KEWAJIPANMENDIDIKSEBAGAIIBUBAPA

Tuesday, August 08, 2017

Asnaf Diberikan Berdasarkan keperluan

Idea berkenaan pemberian modal kepada asnaf diberikan berdasarkan keperluan adalah disokong oleh As-Shafi'iyyah dan Ahmad Bin Hanbal berkenaan pengharusan pelaburan wang zakat. Mereka berkata:

“fakir dan miskin harus diberikan agihan zakat dalam bentuk modal pelaburan, seperti dibelikan alat-alat mengikut kemahiran masing-masing supaya mendapat keuntungan untuk keperluan harian mereka. Jika dia seorang tukang kayu, dibelikan alat-alat pertukangan selengkapnya. Jika dia berniaga, berikanlah modal secukupnya bersesuaian dengan perniagaan yang mereka ceburi. Contohnya, peniaga sayur-sayuran dan buah-buahan diberi 5 hingga 20 dinar. Penjual minyak wangi 1,000 dinar, penjual pakaian 2,000 dinar, pengurup wang 5,000 dinar dan perniagaan intan berlian 10,000 dinar. Bagi asnaf yang tidak mampu berniaga disebabkan sakit kekal atau tiada kemahiran, walaupun diberikan latihan bolehlah dibelikan aset sebagai modal pelaburan yang dapat menampung diri dan tanggungjawabnya serta menjadi harta pusaka.” (Al-Sharbiniyy, t.th: 446 – 447) (Abdul Rahman & Mohd Subri, 2010)

Saya berpendapat idea pengagihan wang zakat sebagai modal berdasarkan keperluan perniagaan adalah tepat. Namun ia turut pengundang persoalan keadilan bila mana ia diagihkan kepada seseorang yang tidak berkelayakan untuk melaksanakan perniagaannya. Pengagihan ini mungkin akan menyebabkan duit modal tersebut hangus dan perniagaan gagal. Kegagalan ini menyebabkan timbul isu keadilan berkenaan hak asnaf lain terhadap modal yang disalurkan. Ia menjadi lebih besar apabila kegagalan berlaku adalah dikalangan mereka yang menerima bantuan modal zakat dengan jumlah yang besar untuk perniagaan yang berkapasiti tinggi. 

Namun punca ketidak adilan ini adalah tidak terletak kepada isu pengagihan tetapi pada kaedah penilaian bagi menentukan siapakah yang layak untuk menerima bantuan tersebut. Kaedah penilaian inilah perlu diberi perhatian utama bagi memastikan kegagalan di dalam perniagaan adalah minimum dan kesilapan di dalam pengagihan adalah pada tahap SIFAR '0'.


Monday, August 24, 2015

Berpijak Pada Dasar


 "sebaik-baik pengajar ialah pengalaman dan seburuk-buruk pelajar ialah yang tidak pernah belajar daripada pengalamannya"

Andai kepala sentiasa mendongak ke atas maka sering kali di mana kaki dipijak tidak disedari. Pandang ke atas lambang kemegahan dan tinggi angan-angan. Cuba mencari apa entah tiba entah tidak. Tidak dipedulikan dengan yang bawah sehinggakan tidak terperasan kewujudan kaki yang melangkah. Tidak sedar bahawa dalam hidup yang menggerakkannya adalah sang kaki yang sentiasa berpijak pada tanah yang nyata. Dilupai sang kaki yang sentiasa mengikut dan melangkah tanpa nampak dan pandang. 

Yang dikira dan dihitung hanya apa yang dijangka akan jatuh atau turun. Namun, apa yang dilangkah atau dipijak tidak dihirau dan tidak dipeduli. Terlampau sangat dibuai angan-angan hinggakan kematu si kaki tidak dipeduli dan lenguh si betis tidak dihirau.

Ada ketika dia selamat tanpa jatuh dan banyak ketika tersembam tersungkur. Kerana patuh dan setia si kaki akur dengan arahan, tidak melawan dan tidak engkar. Disuruh lari dia lari, disuruh berdiri dia berdiri. Ketika tersadung dibiar terlanggar kerana kaki tidak punya mata. 

Ada yg selepas terjatuh, dia tunduk berhati-hati melangkah dan melangkah. Ada juga yg selepas terjatuh masih terdongak mencari punca jatuhnya di atas dengan andaian terjatuhnya dia kerana ditolak atau ditiup. 

Selepas sakit dia belajar, selepas gagal dia belajar, selepas kalah dia belajar, selepas kecewa dia belajar. Itulah cara insan berakal kerana sebaik-baik pengajar ialah pengalaman dan seburuk-buruk pelajar ialah yang tidak pernah belajar daripada pengalamannya.

Tersepak dan tersadung adalah lumrah kehidupan sebagai insan. Insan berakal akan tunduk mencari punca tetapi insan bernafsu hanya berpusing untuk menuduh dan meluru....

hashim
24082015

Wednesday, August 19, 2015

Persistence and Consistence

'the average normal people will live in this life for 28,470 days in which not all of these single days will be properly stored and remembered.' - Dr Phil Mc Graw

There are two (2) words which will keep the momentum move and the job done which are persistence and consistence. A day will consistently change and persistently move without any disruption or hiccup. There are no barriers to segregate and no traffic controller to control the movement except it will keep changing and moving. Dr. Phil McGraw mentioned in his book titled 'Real Life' that the average normal people will live in this life for 28,470 days in which not all of these single days will be properly stored and remembered. Many of them will go freely and a few of them will become bold and remembered in details for example the day of marriage, the day of getting new kids and the day of totally out of business. People will not argue to hold the good days for months or years and to expedite the vice versa. The key point of this scenario is the day will consistently move and persistently change from one episode to the other episode.

It consists of networking, bargaining, hiring, firing, chasing and many more. These movements are known as interaction and transaction which need to be handled in a proper business ways and methods. It is not much different from the character of a human being which can be detected from its activeness. The current activeness of the business is an indicator of its future prospect.

There is a condition when a business to enter into any prestigious mall in which the operation must be operated daily. By hooked or by crooked, the shops need to open concurrent to the opening of the mall to the public. Any holiday or technical errors which require the company to close the operation need to get the prior approval from the management. Fail to do so will be incurred certain charges by the mall in order to ensure the standardization. The concept of standardization implemented by the proper management is to ensure the consistency in which to fulfil the expectation of the general customers. In this modern era, the customers are too busy with their own business and this will limit the time availability for casual and hang up. Every second is precious and pricy to let it go without do anything. Therefore, the consistency of operating the business within the promise timing will give some mode of loyalty and confidence to the customers. In term of general reputation, the company looks dying and not so strong if it fails to operate according to its own procedure. 

Tuesday, August 11, 2015

Kuliah Maghrib Surau Ar-Rayyan


Sebahagian perkara yang saya bincangkan di Surau Ar-Rayyan, Apartment Sri Ixora untuk kuliah Maghrib pada malam ini dapat dirumuskan berdasarkan hadith di bawah:

.......فإن دمائكم وأموالكم وأعراضكم بينكم حرام كحرمة  يومكم هذا، في شهركم هذا، في بلدكم هذا، ليبلغ الشاهد الغائب...... 

Ertinya : ....Sesungguhnya darah kalian, harta benda kalian, kehormatan kalian, haram atas kalian seperti terlarangnya hari ini, bulan ini dan negeri ini, hendaknya yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir (hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

- Seorang Muslim bertanggungjawab untuk menjaga kehidupan dan nyawa Muslim yang lain daripada dilukai, dicederakan dan diapa-apakan.

- Seorang Muslim bertanggungjawab untuk mempertahankan harta benda Muslim yang lain daripada dihilangkan, dihabiskan, dicuri atau dimanipulasikan sehingga harta tersebut berkurang atau kehabisan.

- Seorang Muslim bertanggungjawab untuk memelihara maruah sesama Muslim yang lain dengan tidak di'aibkan', dimalukan atau dihina dengan apa cara sekalipun. Tidak ada satupun alasan yang menghalalkan mereka diperlakukan demikian. 

- Larangan dan suruhan ini adalah sebahagian daripada tujuan sesuatu syariat Islam itu diturunkan. 

- Ia tidak senang untuk menjadi senang dan tidak susah untuk menjadi susah.