Apa yang aku nak cerita kat sini ialah sikap salesman tu, aku tengok dia ni amat produktif dengan explaination yang very sharp dan tak memakan masa yang lama dalam satu-satu explaination. Dia cuba sehabis baik untuk mendapatkan seberapa ramai yang boleh bagi memaklumkan berkenaan produknya, bukan marketing yang jenis memaksa orang membeli. Aku rasa keyakinan diri mamat ni dah berada di tahap maksimum, tidak ada malu dan takut dah.
Kesimpulan yang aku boleh buat berdasarkan pemerhatian aku dan Tuan Hj Fendi kat mamat ni ialah, seseorang yang baru nak start berniaga tu terutama geng-geng muda-muda yang baru nak bertapak dalam perniagaan ni, eloklah kalau korang mencuba jadi salesman untuk tempoh 3 hingga 6 bulan. Dalam tempoh ni aku rasa banyak practicals knowledge yang korang boleh grab di dunia realiti berbanding kursus-kursus keusahawanan yang berbentuk duduk dan lihat.
Bagi penganjur-penganjur kursus perniagaan pulak, aku rasa better korang integratekan program-program penjualan langsung kepada peserta-peserta kursus ni agar mereka tahu yang perniagaan ni bukanlah satu aktiviti semudah makan dan minum sungguhpun bunyi perkataan meniaga tu senang saja (jual dan beli). Jadi barulah bakal-bakal peniaga tu mempunyai daya ketahanan. Untuk makluman terlalu ramai peniaga-peniaga muda yang memilih kerjaya perniagaan sebab tidak dapat kerja dan ini akhirnya menjadikan bisness mereka tak tahan lama dan end up tutup kedai terutama setelah dapat better offer untuk kerja.
sekian




