Kelebihan
Kalimah لا اله إلا الله
لا إله إلا الله adalah merupakan kalimah penyaksian yang akan membezakan
seseorang itu daripada salah kepada betul. Ianya bermaksud ‘tiada tuhan
melainkan Allah’. Ianya merupakan penafian wujudnya tuhan selain daripada Allah
SWT untuk disembah.
Penyaksian
ini adalah merupakan mesej utama para Nabi dan Rasul sebelum daripada Nabi
Muhammad SAW yang bersifat universal dan melangkaui masa. Ianya bertujuan agar
manusia mengetahui dan mengenali diri mereka dan tuhan yang menciptakan mereka.
Pengakuan ini akan membina batasan bagi manusia untuk mengenali hak mereka sesame
merea dan juga hak meraka terhadap T uhan yang maha mencipta.
Al-Imam
Fakhruddin Al-Razi di dalam kitabnya Aja’ib Al-Quran (عجائب القرءان) mencatatkan bahawa kalimah لا إله إلا الله memberi faedah yang banyak kepada manusia:-
Kalimah
ini adalah sebaik-baik zikir di mana musuh Allah SWT dan juga waliNya akan
menyebut di dalam kesempitan.
Sebagai
contohnya, tatkala Fir’aun hendak ditenggelamkan Allah SWT di dalam lautan yang
dahsyat lalu dia berkata “aku percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan tuhan
yang dipercayai oleh Bani Israil” امنت أنه لا إله إلا الذي امنت به بنو إسرائيل (Surah
Yunus : 90). Penyaksian Fir’aun ini dibuat tatkala segala pengharapan lain
tidak lagi wujud untuk dirinya. Walau bagaimanapun, Allah SWT maha mengetahui
segalanya dan penyaksian yang dibuat ini adalah kerana takut akan bala Allah
yang akan menimpa tapi bukan takutkan Allah, tuhan yang menciptakan bala
tersebut.
Al-imam
Fakhruddin Al-Razi menyatakan tentang makna ayat di atas sebagai : sesungguhnya
tiada tuhan yang berkuasa menjadikan api sebagai tempat beristirehat
sebagaimana kisah Ibrahim as dan menjadikan air sebagai azab sebagaimana kisah
Firaun melainkan Allah SWT.
Di
sudut yang lain, Nabi Allah Yunus as ketika
berada di dalam perut ikan paus, Allah berfirman “maka ia menyeru dalam
keadaan yang sangat gelap : bahawa tidak ada tuhan selain engkau, maha suci
engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim” فنادي في الظلمات أن لا إله إلا أنت سبحانك
إني كنت من الظالمين
(Al-Anbiya’ : 87), sesungguhnya tidak ada tuhan selain engkau Ya Allah, yang
berkuasa di dalam menjaga manusia yang hidup di dalam perut ikan Paus dan tidak
ada yang berkuasa selain daripada Allah SWT. Penyaksian ini adalah manifestasi
kepada keimanan nabi Yunus AS kepada Allah SWT yang mana keimanan baginda
adalah bukan terikat kepada bala yang ditimpa Allah tapi ianya adalah keyakinan
yang tuntas baginda kepada tuhan yang maha mencipta.
Dua
kisah di atas menjelaskan bahawa kepercayaan kepada Allah adalah dibuat secara
keseluruhan dan tidak bersebab. Sebab dan alasan untuk kepercayaan akan
mengalihkan tumpuan kepercayaan kepada Allah SWT secara keseluruhan. Ia akan
membawa kepada perkongsian kepercayaan di mana hak Allah SWT secara hakiki
telah dikongsikan dengan yang selainnya.
Kisah
di atas memberikan manfaat berikut:-
Nabi
Yunus AS telah menyaksikan kepercayaan kepada Allah SWT sebelum daripada
masuknya ke dalam perut ikan paus dan ucapannya di dalam perut ikan tersebut
adalah merupakan manifestasi keimanan baginda kepada Allah SWT. Tetapi Firaun
adalah merupakan penyaksian yang terbentuk kesan ketakutan kepada bala Allah
yang akan menimpa dan bukan atas dasar keimanan yang hakiki.
Nabi
Yunus AS mengucapkan kalimah dengan menghadirkan kalimah Allah di dalam
ucapannya لا إله إلا أنت dengan ucapan (tiada
tuhan selain Engkau dan ini membuktikan keikhlasan penyaksiannya. Akan tetapi
Firaun menyebutnya dengan menyembunyikan dan tidak menghadirkan kalimah Allah, امنت أنه لا إله إلا الذي امنت به بنو إسرائيل (aku percaya bahawa tidak ada
tuhan melainkan tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil) dia hanya mengisbatkan
ucapan ketuhanannnya dengan apa yang dipercayai oleh bani Israil dan bukannya
pengakuan secara tuntas dari hatinya.
Firaun
mendasarkan ucapannya dengan meniru apa yang dipercayai oleh Bani Israil. Namun
nabi Yunus as mengucapkannya dengan mendasarkan kepada dalil-dalil dan
bukti-bukti yang membina keyakinan baginda kepada keimanan kepada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment