Hari ni macam sedikit lain macam aje bunyinya iaitu usahawan dan buat ‘dajjal’ (bahasa orang-orang sebelum millennium, dimaksudkan dengan membuat sesuatu yang tak elok/baik).
Semasa dalam industri construction sebelum ni, saya selalu diberitahu oleh ‘Senior Project Manager’ kami bahawa dalam dunia construction ni, ia kecil sahaja di mana pusing-pusing kita akan berjumpa dengan orang yang sama juga. Kalau dulu, dia adalah “Senior Quantity Surveyor’ dengan satu syarikat, mungkin sekarang dah jadi ‘Project Manager’ dekat syarikat yang lain. Pusing-pusing berjumpa jua.
Begitu juga dalam lapangan perniagaan, dunia ini tidak besar pasti berjumpa jua. Kerana itu janganlah sesekali berbuat ‘dajjal’kepada sesiapa sahaja kerana kita bakal berjumpa kembali. Mungkin kalau sebelum ini kita adalah sebagai pembeli dan kali ini kita pula sebagai penjual. Bimbang kalau sebelum ini pernah ‘mendajal’ mungkin kali ini kita pula didajalkan.
Sebagaimana pepatah Arab berkata " كما تدين تدان" (kama tadinu tudan) bermaksud sebagaimana kau berbuat, kau akan dibalas.
No comments:
Post a Comment