Sunday, June 08, 2008

kedai warung ibu

Hari ni sekali lagi aku dan isteri pergi makan kat kedai Warung Kurnia Ibu. Pada kebiasaannya, kami tak akan meninggalkan peluang untuk makan kat kedai ini. My wife kata, ini adalah salah satu benda best bila balik kelate......

by the way, kedai ni adalah tempat aku lepak bersama Md Noor Hussin masa sekolah SMUAPM dulu terutama bila lepas waktu sekolah. Menu utama yang kami order ialah Coconut shake Ice Cream Keladi dan Mee Celup Special.

Kat sini apa yang aku nak highlight adalah sejarah kedai ni. Pada asalnya kedai ni adalah warung yang meja dan kerusi adalah amat simple iaitu tempat masak kat tengah dan di sekeliling tempat masak tu dibuat ala-ala meja dan kerusi kayu di letak di sepanjangnya. Saiz kedai ni masa tu lebih kurang 10 X 10 kaki sahaja. Namun pada hari ini iaitu selepas lebih 10 tahun beroperasi kedai ni telah berubah wajah dari sebuah warung kecik kepada sebuah ala-ala restoran. Menu-menu yang disediakan adalah bermacam-macam dan kalau dicari kat kedai-kedai makan biasa memang payah nak jumpalah. Walau bagaimanapun, menu utama kedai ni bagi aku iaitu mee celup special dan coconut shake ice cream keladi masih lagi sama special seperti dulu lagi.

Inilah contoh seorang usahawan yang berjaya yang mana berdasarkan prestasi lepas kedai ini telah memenuhi syarat-syarat asas seorang usahawan seperti berikut:-
  1. Berinovasi - Dari sudut menunya, firma telah menambah dari semasa ke semasa senarai produk yang ditawarkan. Dari sudut kedainya - rupa bentuk fizikal kedai telah berubah dari sebuah kedai warung simple kepada ala-ala restoran.
  2. Sistematik - Cara kendalian order dan penerimaan bayaran adalah sistematik. Order dan makanan diserve dengan cepat dan sistem pembayaran adalah berdasarkan nombor meja.
  3. Layanan- Layanan yang dibuat adalah baik di mana senyuman dan komunikasi adalah memuaskan.
  4. Sustainability - Kedai ini mempunyai ketahanan dengan tempoh bertahan selama lebih 10 tahun.
  5. Consistency - mutu kesedapan makanan adalah kekal walaupun masa dan keadaan telah berubah.
Bagi aku kedai ini mempunyai potensi untuk dimajukan lebih jauh daripada apa yang dicapai masakini........

3 comments:

khai149 said...

aku ada beberapa soalan serius berkenaan posting ko nie.

1. Mee celup bukan mee dr sarawak ke?

2. Adakah peluang utk buka francise warung ibu nie?

3. Bila agaknya saudara Md Noor Hussin akan menulis dlm blog?

Anonymous said...

Salam. Saya exstudent smuapm - SPM 2000. Junior hashim, sempatla merasa dibawah naungan hashim masa jd ketua pengawas xsilap dulu. Gerai ibu tu kat mana yer?

Hshiyuti said...

buat khai149, setakat ni warung ibu belum daftar dengan MFA dan MECD lagi. Aku rasa dia ada prospek untuk buat tersebut.

Mee celup ni untuk makluman adalah mee rebus yang mee nya hanya dicelup lepas sup dah masak

Rahibah....terima kasih sebab ziarah blog saya ni. Anyway gerai ibu ni duduk kat belakang rumah tengku iskandar. Jalan belakang dekat jalan KTM