Sunday, June 08, 2008

Kesan Kenaikan Petrol

Dah 2 hari dah saya duk nak blogging pasal isu kenaikan petrol atas SME.

Secara umumya kenaikan ini akan memberi kesan langsung secara global kepada semua jenis perniagaan, tidak kira ianya industri pengangkutan, pembuatan ataupun perkhidmatan. Industri pengangkutan sememangnyalah sebab petrol/diesel adalah 'heart beap' yg menggerakkannya. Manakala industri pembuatan adalah kerana kenaikan petroleum akan menjadikan naiknya tarif elektrik. Tanpa elektrik mesin2 di kilang jawabnya x berjalanlah. Manakala industri perkhidmatan adalah yg paling kurang terasa namun lain2 kos akan turut tertarik oleh kenaikan petrol ini.

Berdasarkan pengalaman lepas kenaikan kos pengeluaran/perkhidmatan ini tidak akan ditanggung sendiri oleh peniaga SME, biasanya mereka akan transfer problem ini kepada pengguna akhir, itupun kalau pelanggan SME adalah open market. Kalau tidak syarikat terpaksa membuat beberapa perancangan lain seperti apply for Variation Order, kalau x lepas terpaksalah reduce cost dan kalau x dpt jgk, terpaksalah absorpt masalah tu dan berhenti berniaga.

Bagi yg open market keadaan ini akan menyebabkan pengguna akhir (kita lah tu) terpaksa tanggung harga yg mahal. Itu bg yg mampu, kalau yg x mampu terpaksalah berputih mata aje. Keadaan ini akan tidak menggalakkan apa2 industri sekalipun, masyarakat yg sudah miskin akan jd lebih miskin dan yg kaya akan jadi turut miskin.

Dalam keadaan begini, ada pulak yg cuba ambik kesempatan,terutama peniaga makanan. Tuduhan saya ini bukan khusus utk semua tapi untuk beberapa keratlah.

Janganlah kenaikan harga petrol menyebabkan harga satu barang dijual dengan harga yg jauh lebih besar rationya. X kanlah petrol naik 78 sen harga nasi lemak pun naik 80 sen. Ini namanya ambik kesempatan.

Jadi berbanyaklah kita berdoa agar harga petrol turun dan harga barang2 lain pun turut turun insya Allah...

2 comments:

khai149 said...

sme bank leh turunkan kadar interest (profit) x? aku dgr smidec kurangkan interest jadik 2% utk loan dia

Anonymous said...

terima kaseh 4 ur info..sy sdang bt study case tntg isu ni...hee :)