Asslamua'laikum,
Atas permintaan dan cadangan syaikh Abu Umair, dibawah ni ana ringkaskan point2 dari perbincangan panjang Multaqa' Ahli Hadis (www.ahlalhdeeth.com) sejak pada tahun 2005 dahulu:
1- Masalah adakah Sunnah membaca doa qunut dalam solat witir (samada dlm bulan ramadhan atau selain ramadhan)
Perihal membaca doa Qunut pada solat witir ini tiada contoh dari Nabi SAW, tiada contoh samada dari perbuatan Nabi atau dari perkataan Nabi.
akan tetapi ia tsabit dari SEBAHAGIAN Sahabat yang mengamalkan doa Qunut dalam solat witir. Dan Qunut witir ini para Sahabat tidak lakukan pada semua witir, tetapi hanya pada selepas pertengahan ramadhan.
kata Imam Ahmad: لا يصح فيه عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء-"tidak sahih dalam hal (membaca qunut dlm solat witir dari Nabi SAW) walaupun sedikit"
juga berkata Imam Malik: وليس عليه الناس- hal ini (yakni Qunut pada solat witir dlm qiam) tidak dilakukan manusia (yakni ahli madinah).."
juga kata Imam Malik lagi: "Tidak ada dalil sahih yang boleh digunakan sebagai sandaran bagi orang yang mengkhususkan qunut dalam solat tarawih pada bulan Ramadhan, baik pada awal maupun akhir Ramadhan, atau pada shalat witir.”
Dan Qunut witir ini para Sahabat tidak lakukan pada semua witir, tetapi HANYA pada selepas pertengahan ramadhan.
demikian juga amalan Imam Ahmad, pernah ditanya kepada Imam Ahmad, adakah beliau melakukan Qunut pada Witir?, jawab imam Ahmad:
أما أنا فلا أقنت إلاّ في النصف الباقي ، إلاّ أن أصلي خلف الإمام فيقنت فأقنت معه"-aku tidak berqunut MELAINKAN pada baki pertengahan Ramadhan, akan tetapi jika aku bersolat dibelakang imam yang berqunut, maka aku ikut berqunut..."
adapun hadis riwayat daripada Hasan bin 'Ali tntg Nabi SAW ajarkan lafaz doa Qunut yang menyatakan dibaca pada setiap solat witir, iaitu hadis yg berbunyi:
"علمني رسول الله صلى الله عليه وسلم كلمات أقولهن في قنوت الوتر ( اللهم اهدني فيمن هديت ، وعافني فيمن عافيت ، وتولني فيمن توليت ، وبارك لي فيما أعطيت ، وقني شر ما قضيت ، فإنك تقضي ولا يقضى عليك وإنه لا يذل من واليت تباركت ربنا وتعاليت )"
mengajar kpd ku oleh Nabi SAW kalimat (doa) yg perlu dibaca dlm Qunut Witir: "Allahummah dini fiman hadait....."
menurut Syaikh al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan,hadis diatas sanadnya Jayyid akan tetapi matan yg benar adalah tanpa lafaz "Qunut Witir", dan tambahan lafaz "Qunut Witir" itu adalah Syadz dan Tidak Sahih
kesimpulan berkenaan hal ini:
kata syaikh al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan (ana ringkaskan): "membaca Qunut dalam solat witir (samada dlm bulan Ramadhan atau lainnya) adalah tidak tsabit dari Nabi SAW, tidak tsabit samada dari perbuatan Baginda SAW atau dari perkataan Baginda SAW...akan tetapi ia tsabit dari amalan sebahagian Sahabat yang mengamalkannya pada pertengahan akhir Ramadhan (antaranya ia adalah amalan Ubai bin Ka'ab, Abdullah Ibn Umar).."
2- Masalah adakah Sunnah untuk mengangkat Tangan apabila membaca Doa Qunut dalam solat witir/qiam al-layl?
Kata Syaikh al-Muhaddith Abdul Aziz Torifi:
وأما رفع اليدين فقد جاء فيه عن عبد الله بن مسعود وأبي هريرة وعبد الله بن عباس وكلها ضعيفة، روى الخطيب البغدادي في كتابه التاريخ عن أبي حاتم الرازي الإمام النقاد قال "قال لي أبو زرعة أترفع يديك في الصلاة في القنوت - يعني الوتر-؟ " قال "قلت لا. فقلت أترفع يديك أنت؟" قال "نعم" فقلت "إلى ماذا تذهب ؟" قال "أذهب إلى حديث عبد الله بن مسعود" قال أبو حاتم "فإن فيه ليث بن أبي سليم" فقال أبو زرعة "أذهب إلى حديث أبي هريرة" قال "فقلت له فإن فيه عبد بن لهيعة" قال "فقلت له إلى ماذا تذهب؟" قال "أذهب إلى حديث عبد الله بن عباس" فقال أبو حاتم "فإن فيه عوفا" قال "فسكت" يعني أنه لا يثبت في رفع اليدين عند القنوت شيء لا عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا عن أصحابه – يعني في قنوت الوتر- ، أما في قنوت النازلة فالثابت عن أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم عن عمر بن الخطاب وعن عبد الله بن عباس أنهم كانوا يرفعون أيديهم في قنوت النازلة وقد ثبت في المصنف عند ابن أبي شيبة من حديث خلاس بن -عمرو عن عبد الله بن عباس عليه رضوان الله تعالى أنه كان يرفع يديه في قنوت صلاة الفجر للنازلة
"dan dalam hal mengangkat tangan pada Qunut witir adanya hadis dari Abdullah bin Mas'ud dan Abu Hurairah dan Abdullah ibn Abbas dan KESEMUA nya adalah Dhaif, diriwayatkan oleh Khatib al-Baghdadi dalam Kitab al-Tarikh daripada Imam Abu Hatim yakni Imam Nuqqad Hadis katanya : "telah bertanya/berkata kepadaku Abu Zur'ah (ana ringkaskan dlm format dialog antara Abu Hatim dan Abu Zur'ah dibawah):
Abu Zur'ah: "adakah engkau (Abu Hatim) mengangkat tangan pada Qunut solat witir?
Abu Hatim: " tidak, erm adakah engkau mengangkat tangan?"
Abu Zur'ah: "ya"
Abu Hatim: "dengan (mazhab/dalil) apa yg engkau ikut?"
Abu Zur'ah: "aku menuruti (berdalilkan) hadis Abdullah ibn Mas'ud"
Abu Hatim: "sesungguhnya pada hadis itu ada perawi namanya Laith bin Abi Salim (dan dia bermasalah)"
Abu Zur'ah: "kalau begitu aku turuti hadis Abu Hurairah pula"
Abu Hatim: "sesungguhnya pada hadis itu ada perawi namanya Abd ibn Lahiah (dan dia bermasalah), mazhab/dalil apa lagi yg engkau nak ikut?"
Abu Zur'ah: "kalau begitu aku turuti hadis Abdullah Ibn Abbas pula"
Abu Hatim: "sesungguhnya pada hadis itu ada perawi namanya Aufa (dan dia bermasalah)"
Abu Zur'ah: terdiam
mendengar jawapan2 Abu Hatim itu, Abu Zur'ah terdiam dengan tanda setuju bahawa tidak tsabit walau satupun dalil bahawa mengangkat tangan pada Qunut witir, tiada dalil yg tsabit dari Nabi dan tiada juga yg tsabit dari sahabat. Akan tetapi dalam hal Qunut Nazilah ianya adalah tsabit dari para sahabat iaitu dari Umar al-Khattab dan Abdullah ibn Abbas sesungguhnya mereka semua mengangkat tangan dalam Qunut Nazilah, dan telah tsabit akan hadis dalam Kitab al-Musannaf Abdullah ibn Abi Syaibah iaitu dari hadis Khalas bin Amru dari Abdullah bin Abbas bahawa mengangkat tangan pada qunut solat subuh (yakni Qunut Nazilah)..."
walaubagaimanapun, kata syaikh al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan:
وأما رفع اليدين في القنوت فقد منعه الإمام الأوزعي وجماعة من أهل العلم ( ) . حتى قال الإمام الزهري ( لم تكن ترفع الأيدي في الوتر في رمضان) رواه عبد الرزاق ( 3 / 122) بسند صحيح .
وذهبت طائفة من أهل العلم وهم الجمهور إلى استحبابه لأن الأصل في الدعاء رفع اليدين
dan dalam hal mengangkat tangan semasa qunut (yakni Qunut Witir) ada tegahan/larangan dari Imam al-Awzaie dan Jamaah (majoriti) Ahli Ilmu, sehingga adanya athar dari Imam Zuhri menyebut: "tidak sama sekali mengangkat tangan pada witir dalam Ramadhan: - riwayat Abd Razzaq (122/3) dengan sanad Sahih. Akan tetapi telah bermazhab(berpendapat) oleh sebahagian kelompok (tho-ifah) Ahli Ilmu bolehnya (mustahab) mengangkat tangan kerana asal doa itu adalah dengan mengangkat tangan..."
Wallah-hu-'alam, Allah yg Maha Mengetahui
Abu_Ismail
-------- rujukan:
1- Risalah al-Ahkam fi Qiam al-Layl, Syaikh al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan (Muhaddith Saudi Arabia/KSA), diambil dari thread Multaqa Ahli Hadis:http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=42028&highlight=%C7%CD%DF%C7%E3+%DE%ED%C7%E3+%C7%E1%E1%ED%E1
2- Fatwa Syaikh Abdul Aziz at-Torifi (Muhaddith Saudi Arabia/KSA),Ahadith Dha'fuha as-Syaikh Abdul Aziz at-Torifi fi as-Siyam wa fawaid ukhra, diambil dari thread Multaqa' Ahli Hadis:http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showpost.php?p=668521&postcount=1
No comments:
Post a Comment