Wednesday, December 10, 2008

Alhamdulillah Cahaya Mata Baru










Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah di atas penganugerahan Cahaya Mata Baru Kami yang lahir pada 4.24 petang, Rabu 12 Zulhijjah 1429 bersamaan 10 Disember 2008 di Darul Ehsan Medical Center, due yang sepatutnya 31 Disember 2008.

Beberapa rentetan peristiwa (sequence of event) sebelum kelahiran cahaya mata baru kami ini :-

02 December 2008 - monthly routine check up di DEMC bagi perkembangan Ibu (isteri ambo lah tu) dan baby di dalam kandungan. Dr kata baby insya Allah pada masa tu beratnya dalam 2.8 kg. Since bapaknya berada jauh maka terpaksalah kami merancang untuk tarikh kelahirannya. Dr plan 10 December 2008, maka kami pun bersetujulah. Dr kata kalau sakit awal maka jangan malu2 untuk datang terus ke labor room.

03 December 2008 - Ibunya dah terasa constuction...eh contraction...kami ke Klinik Aman, Dr kat situ kata hemm dah ada jalan tinggal masa untuk Baby baru ni nak kuar aje.

Lepas tu balik rumah ...hilang pulak rasa sakitnya....tunggu lagi....ada satu petang tu isteri aku rasa mcm sakit...kami sekeluarga di temani anak2 kami yang masya Allah itu datang ke hospital ...Masuk waiting room sekali lagi rasa hilang pergi lagi...hehehhe main acah-acah.

Kemudian ada sekali lagi main acah-acah.....datang lagi kami ke hospital ..test dan hilang lagi perasaan sakit tersebut...

akhirnya tarikh 10 Disember tiba....ambe dengan isteri datang ke DEMC dengan membawa harapan yang isteri aku insya Allah akan melahirkan anak pada hari ini. Sebelum tiba di DEMC kami bersarapan dulu kat Kedai Mamak (Restoran Pelita) kat Plaza Masalam....kelihatan isteriku masih mcm tidak ada tanda-tanda sakit untuk beranak. Hehehehhe sebenarnya dia nak makan aiskrim baskin robin tapi jam baru 9 pagi....mana lah baskin robin nak bukak ,,,,,kedai ais krim malaysia pun belum bukak kalau jam 9 pagi....

kami datang terus ke labor room...ini lah kali pertama aku tengok isteri aku sakit yang teramat sangat bagi melahirkan anak...tiga yang lepas alhamdulillah tidak nampak sakit sangat ...walau pun nampak sakit...itu pengakuan dia sendiri...dia bertarung selama 6 jam dan akhirnya lahir lah anak lelaki kami seberat 2.85kg tepat jam 4.24 petang. Ish...ish kesian aku tengok isteri ku ini.....tapi itu lah fitrah Allah yang mana isteri adalah orang yang melahirkan anak........

sekian untuk tulisan pada kali ini. Masa menulis ni kami kat dalam bilik di DEMC ....kat depan aku isteri sedang meriba baby baru kami...

5 comments:

perantau.tt said...

Alfu Mabruk Akhi.. Tahniah... lebat rambut anak ko... hehe.. comel betul.. bile rtu nak dtg bawak sini...

apa nama? Adha ke? hehe

Anonymous said...

Alhamdulillah! Bertambah lagi Umat Rasullullah S.W.T. Di doakan semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan kepada seluruh keluarga tuan. Syukran.

Hshiyuti said...

alhamdulillah KAZA, terima kasih for everything.doakan segalanya lancar dan selamat insya Allah

Hshiyuti said...

Syukran ya saahibi, insya Allah lepas dapat iqamah akan ke riyadh lah....camana dapat buat haji ker tahun ni

Nana said...

alhamdulillah semua selamat.
tahniah, comel betul anak!