Friday, February 20, 2009

Kebocoran dalam Pembiayaan

Ada satu tajuk khusus bagi mereka yang ingin mendalami kepakaran dalam bidang analisa kredit. Tajuk itu ialah kebocoran. Apa yang dimaksudkan dengan kebocoran tersebut ialah duit yang matlamatnya untuk digunakan bagi sesuatu telah disalurkan bagi kegunaan benda lain.

Secara bahasa umum kita lihat kebocoran adalah punca kegagalan sesuatu perkara. Contohnya tayar kereta, kalau ia bocor maka tayar kereta pancit dan kereta tak boleh jalan. Begitu jugak dengan pengurusan kewangan. Katakan dalam sebulan pendapatan kita lebih kurang dalam RM2k sahaja. Dan biasanya perbelanjaan bulanan kita akan berada pada range yang khusus. Sekiranya perbelanjaan yang normal dan tiada kebocoran pada tujuan perolehan yang kita ada setiap bulan maka insya Allah incoming yang ada cukup untuk menampung expenses yang lain.

Namun hari tidak sentiasa cerah, ada masa berlaku kebocoran dalam pengurusan kewangan kita. Ada masa kita perlu menggunakan peruntukan kewangan bulanan kita yang terhad itu untuk perkara-perkara lain yang mana biasanya terbahagi kepada dua iaitu satu disebabkan oleh keinginan dan kedua disebabkan oleh keperluan (mesti kalau tidak bahaya). Keadaan ini akan mengundang kepada kebocoran di dalam perbelanjaan. Adakalanya kebocoran ini akan menyebabkan perbelanjaan pokok dan utama tergendala dan memberi kesan yang agak serius kepada pengurusan kewangan.

Bagi menghadapi masalah ini kita mesti membuat justifikasi ke atas sebab dan mengapa perlu dibocorkan aliran kewangan kita. Dan sebelum berlakunya kebocoran....kita mesti cari jalan untuk meminimumkan impak kebocoran tersebut.

sekian

Friday, February 06, 2009

Minggu Lepas Dan Minggu Ni

Alhamdulillah sebagai pembuka bicara.

Setelah hampir sebulan iklan projek catering, akhirnya semalam adalah hari pertama delivery dibuat ke Jeddah. Kami mendapat tempahan untuk masakan melayu bagi 50 orang. Pada mulanya rasa was was untuk ambik job ini sebab pada awalnya kakak (our operation manager) rasa kesulitan bagi melaksanakan kerja-kerja masak memasak ini setelah beliau meninggalkan lapangan bisness masakan lebih 20 tahun dahulu.

Kalau dulu beliaulah hardcore dalam perniagaan kami di Kelantan. Pada masa tu aku masih kecik dalam lingkungan bawah 6 tahun. Beliau bersama bonda tercinta merupakan penggerak utama perniagaan tersebut, namun selepas beliau kawin terus menetap di bumi suci ini (makkah) dan tidak melibatkan diri lagi dalam perniagaan ini. Tapi mutu kualiti masakannya masih lagi kekal masya Allah.

Rasa rugi kalau tidak menggunakan bakat sedia ada beliau, langsung aku mengambil kesempatan ini untuk meneruskan kembali perniagaan masakan yg sudah puluhan tahun tergendalan.

Ya Allah jayakanlah segala amalan baik dan tunjukkanlah kami jalan yang benar.

hashim