Friday, February 06, 2009

Minggu Lepas Dan Minggu Ni

Alhamdulillah sebagai pembuka bicara.

Setelah hampir sebulan iklan projek catering, akhirnya semalam adalah hari pertama delivery dibuat ke Jeddah. Kami mendapat tempahan untuk masakan melayu bagi 50 orang. Pada mulanya rasa was was untuk ambik job ini sebab pada awalnya kakak (our operation manager) rasa kesulitan bagi melaksanakan kerja-kerja masak memasak ini setelah beliau meninggalkan lapangan bisness masakan lebih 20 tahun dahulu.

Kalau dulu beliaulah hardcore dalam perniagaan kami di Kelantan. Pada masa tu aku masih kecik dalam lingkungan bawah 6 tahun. Beliau bersama bonda tercinta merupakan penggerak utama perniagaan tersebut, namun selepas beliau kawin terus menetap di bumi suci ini (makkah) dan tidak melibatkan diri lagi dalam perniagaan ini. Tapi mutu kualiti masakannya masih lagi kekal masya Allah.

Rasa rugi kalau tidak menggunakan bakat sedia ada beliau, langsung aku mengambil kesempatan ini untuk meneruskan kembali perniagaan masakan yg sudah puluhan tahun tergendalan.

Ya Allah jayakanlah segala amalan baik dan tunjukkanlah kami jalan yang benar.

hashim

3 comments:

perantau.tt said...

Bro.. dhasyat noo.. biler nak jamu aku makan pulak.. hehe

khai149 said...

apa citer...dah dpt second job belum?

Hasic Food Supplies said...

2nd job belum lagi lah.....masih duk dan teruskan buat marketing insya Allah akan ada customer2 baru dengan repeat customer...........