Ada orang umpamakan hidup ini mcm bola, ada juga yang umpamakan hidup ini mcm lilin dan mcm2 lagi perumpamaan yang orang buat. Semua perumpamaan yg dibuat itu adalah bagi menterjemahkan erti kehidupan.
Arwah mak sedara sy dulu ada sebut yang kehidupan ni tak dapat lari dari satu benda iaitu rezeki. Selagi ada rezeki bagi seseorang itu selagi itulah ada kehidupan dia. Apabila rezeki itu putus maka setakat itulah kehidupan dia di atas bumi fana ini.
Walau apa sekalipun definisi kehidupan bagi seseorang, namun tanggungjawab dan peranan akan sentiasa dipikul olehnya tidak kira siapa dia sekalipun. Kekadang kita rasa kita ingin melepaskan tanggungjawab yang dah kita tanggung untuk mendapatkan tanggungjawab yang lain yang mana kita rasa tanggungjawab yang baru itu akan lebih memberi pencahayaan dan sinar kehidupan yang lebih cemerlang namun kita kena tahu yang tanggungjawab yg sedia ada perlu disempurnakan agar dapat jadi 'good in and good out'. Sekiranya ini tercapai, maka kita tidak akan sangsi untuk mencapai kejayaan didalam menyahut tanggungjawab baru yang bakal mendatang.
No comments:
Post a Comment