Thursday, April 19, 2012

Bangkai dan Darah


عن ابن عمر (قال: قال رسول الله (ص) أحلت لنا ميتتان ودمان، فأما الميتتان: فالجراد والحوت، وأما الدمان: فالطحال والكبد) أخرجه أحمد وابن ماجه وفيه ضعف

Dari Ibnu Umar-Radiyallahu ‘Anhuma – dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “dihalalkan bagi kamu dua bangkai dan dua darah. Dua bangkai iaitu belalang dan ikan. Adapun dua darah iaitu hati dan limpa” dikeluarkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dan di dalamnya terdapat kedhoifan.
Hadith di atas membincangkan tentang dua jenis makanan yang secara umumnya adalah haram iaitu bangkai dan darah, walaubagaimanapun ianya menjadi halal dengan adanya dalil di atas. Hadith di atas adalah hadith pengecualian yang mengubah hukum umum yang telah ditetapkan sebelumnya. Ini menunjukkan betapa indahnya Islam di mana perkara sekecil belalang pun dibincangkan  di dalamnya demi kesejahteraan penganutnya.
Daripada hadith di atas dapatlah kita mengutip faedahnya sebagaimana berikut:-



(a)      
 Rasulullah SAW tidak mengeluarkan hukum halal dan haram dengan sendirinya tetapi ianya adalah merupakan penentuan oleh Allah SWT. Dengan kata lain, hanya Allah SWT sahaja yang boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu. Tugasan seorang Rasul hanyalah untuk menyampaikan hukum bukannya untuk mengadakan hukum. Ini terbukti berdasarkan hadith Rasulullah SAW sebagaimana berikut :-

وقال لهم ذات يوم : ( إته ليس لي تحريم ما أحل الله، ولكنها شجرة أكره ريحها)
Di mana peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah SAW tidak memakan makanan yang berbau seperti bawang, lantas Rasulullah SAW menyatakan bahawa bukan Baginda yang menentukan halal dan haram, akan tetapi Allah SWT yang menentukannya dan keengganan untuk memakannya adalah disifatkan oleh sifat semulajadi seorang manusia, ada yang disukai dan ada yang tidak disukai.

(b)    Hadith secara tidak langsung menjelaskan tentang pengharaman bangkai secara keseluruhannya (kecuali yang disebut di dalam hadith ini). Untuk itu, isu penyembelihan halal amat perlu diperhatikan dan dipertimbangkan, bukan hanya pada sijil semata-mata.

(c)        Walau bagaimanapun, bangkai ikan dan belalang adalah dihalalkan.

(d)     Ikan dan belalang yang mati di dalam air tidak akan menyebabkan air tersebut menjadi kotor (bernajis). Ini adalah kerana sifat bangkai tersebut adalah tidak bernajis. Ini adalah berlawanan dengan bangkai yang asalnya adalah najis seperti bangkai lembu dan kambing. Kedua-dua bangkai ini adalah bersifat najis dan airnya juga akan turut menjadi najis.

(e)        Darah juga adalah dalam kategori najis kecuali yang dimaksudkan di dalam hadith ini.

No comments: