وقال عز وجل: {كُلٌّ يَجْرِي لأَجَلٍ مُسَمًّى} [الرعد: 2].
وقال سبحانه: {وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ} [يس: 40]
Dari sudut bahasanya, وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا dan matahari berlari di atas paksinya di mana planet-planet lain tidak akan mendahuluinya dan mengatasinya dari sudut masa dan tempatnya.
Imam Al-tabari and Al-qurtubi (ulama tafsir) mengambil intipati daripada ayat-ayat di atas bahawa matahari adalah sebagaimana bumi dan selainnya seperti bintang-bintang dan planet-planet di mana ianya bergerak secara tetap berdasarkan ketetapan (orbit-orbit masing-masing). Ayat-ayat di atas jelas menggambarkan bahawa setiap satu di antara kejadian tuhan di alam semesta ini seperti bumi, bintang, planet, bulan dan matahari tawaf berdasarkan paksi yang telah ditentukan.
Begitu juga dengan kita ummat muslimin di mana orbit solat kita telah dikhususkan berdasarkan barisan-barisan saf solat yang mana ianya secara semulajadi bermula di saf pertama berhampiran dengan kaabah di makkah mukarramah. Andaikata solat kita dibuat secara serentak di mana waktu zohor bagi seluruh dunia ini adalah sama nescaya barisan solat akan berbaris-baris secara berlapis-lapis di antara satu sama lain di seluruh pelusuk bumi secara serentak dan ini menunjukkan bahawa solat kita juga mengelilingi orbit saf kaabah tanpa ada satu orang pun menindih di atas orang lain bagi menunaikan solat, subhanallah.
Di dalam pusingan orbit ini (solat mengadap kaabah), Allah menentukan bahawa waktu solat adalah berlainan bagi satu lokasi dengan lokasi yg lain dan ini membolehkan seseorang muslim untuk dalam satu ketika berada hampir dengan kaabah dan pada ketika yang lain berada agak jauh dengan kaabah. ketika berada hampir dengan kaabah dirinya adalah orang yg paling hampir dengan pusat orbit dan dia ditawarkan dengan ganjaran yg besar iaitu seratus ribu sembahyang dari masjid-masjid yang lain.
Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (di Mekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain" (Imam Ahmad).
Begitulah ganjaran pahala bagi mereka yg di masjidil haram, subhanallah. Oleh kerana keutamaan dan kehampiran dari pusat orbit inilah maka ramai berpusu-pusu untuk mengunjungi tempat yg mulia ini terutama pada bulan yang mulia iaitu ramadhan al-mubarak bg mengejar gandaan pahala yg dijanjikan ilahi dan Allah SWT tidak akan memungkiri janjinyaز
إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ} [(9) سورة آل عمران] وقال سبحانه: {وَعْدَ
اللَّهِ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا
يَعْلَمُونَ} [(6)
سورة الروم]
Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjinya, dan Allah telah berjanji, Allah tidak memungkiri janjinya dan tetapi ramai manusia tidak mengetahu.
Walau bagaimanapun, hebatnya Allah yang mana telah menfardhukan solat lima waktu di mana pada setiap kali solat kita akan mengadap kaabah yang sama. Mengadapnya kaabah ini adalah sebagai tanda pertalian dan ikatan kita dalam pertalian orbit tadi subhanallah. Tanpa disedari, kita berada pada pertalian yg sama paling kurang sebanyak lima kali sehari.
Subhanallah.......
No comments:
Post a Comment