Sunday, April 28, 2013

Kesungguhan untuk Kejayaan

Semakin payah sesuatu perkara itu untuk diperolehi semakin kuat dan bersungguh usaha orang yg ingin memperolehinya.

Semakin kuat usahanya semakin tinggi nilai ketahanan dan
kepakaran seseorang itu di dalam sesuatu perkara.

Kekadang dengan kesungguhan itupun kegagalan masih lagi menjadi peneman.

Namun untuk terus berjaya, kegagalan tidak boleh kekal bersama sebagai peneman tapi cukuplah ia sebagai peringatan dan pengajaran.

Kekuatan yang dikumpul berserta kegagalan yg dihadapi dalam setiap langkah ke arah kejayaan adalah dua elemen penyebab kejayaan. Dan kejayaan akan dicapai jika dua elemen ini disempurnakan dengan persistent dan consistent.

( إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه )

Sesungguhnya Allah (SWT) menyukai sesuatu amalan yang dilaksanakan secara tekun.

Hadith di atas dinilai dhaif oleh beberapa ulama hadith disebabkan oleh kelemahan perawinya iaitu Mus'ab bin Thabit akan tetapi ianya dinilai sohih oleh Albani.

No comments: