Wednesday, May 08, 2013

berdoalah.....


Berdoalah di dalam kesenangan, berdoalah di dalam kegembiraan, berdoalah di dalam kebahagian dan berdoalah di dalam keriangan. Juga berdoalah di dalam kesusahan, berdoalah di dalam kemudaratan, berdoalah di dalam kepayahan dan berdoalah di dalam kesedihan.

Berdoalah kerana dengan doa itu kita akan melihat keajaiban. Berdoalah kerana dengan doa kepayahan akan menjadi kesenangan dan kesenangan akan menjadi lebih bermakna. Berdoalah kerana doa seorang muslim pasti mustajab, kalau tidak di sini pasti di sana.

Berdoalah kerana doa muslim tidak dihijabi di antara hamba dan Tuhannya. Berdoalah kerana dengan doa apa yang dihajati akan menjadi lebih hampir. Berdoalah kerana dengan doa segala yang disakiti akan disingkiri. Berdoalah kerana dengan doa, iman akan bertambah.

Berdoalah kepada diri sendiri dan juga berdoalah untuk orang lain. Berdoa untuk diri sendiri itu baik kerana tanggungjawab diri adalah untuk diri. Berdoalah untuk orang lain sungguhpun tidak dipinta kerana perbuatan itu adalah hadiah yang termahal yang boleh diberi sungguhpun ianya tidak diketahui oleh makhluk tapi diketahui oleh Tuhan segala makhluk.

Berdoalah dan berdoalah dan berdoalah…..berdoalah kerana Allah tidak jemu dengan sipeminta dan Allah adalah Assomad…

No comments: