Aqal tunjangnya sang sakti,
dengannya tamadun terbina, bangsa dijunjung dan negara terpilih,
Lahirnya pemikir besar kerana aqal,
Terbina jati anak bangsa juga kerana aqal,
Islam meletak aqal tinggi tempatnya,
Islam menyuruh aqal berfikir untuk tadabbur,
Tadabbur pada penyaksian ILAHI,
pada pembuktian kekuasaan ILAHI,
Pada pembinaan I'tiqad yang sempurna,
Tapi BERINGAT,
kerana aqal bukan utama,
Aqal itu makhluk,
Makhluk itu terbatas,
Terbatas pada had ketentuan ILAHI,
Aqal perlu teman,
Agar larinya ter'arah',
Aqal perlu pemandu,
Agar halanya tercapai ,
Jadi ketahuilah ISLAM adalah temannya AQAL.....
No comments:
Post a Comment