Sunday, November 24, 2013

Fokus Di Dalam Beramal

فإذا فرغت فانصب، 

Di dalam menghuraikan makna ayat di atas, Mansour daripada Mujahid telah berkata, apabila telah selesai dengan urusan dunia, maka tumpulah kepada pengibadatan kepada Tuhan mu.

Ibn Abbas dan Qatadah berpendapat bahawa apabila telah selesai daripada menunaikan solat wajib, maka tumpulah kepada Tuhan mu pada berdoa dan dalam menyelesaikan masalah2 yang diberikan.

Ayat ni menggambarkan bagaimana Islam menganjurkan 'fokus' di dalam satu-satu tindakan. Fokus pada doa, fokus pada urusan agama setelah selesai urusan dunia, dan fokus di dalam melakukan amalan-amalan lain.

Ayat ini juga memberikan gambaran bahawa seorang Muslim hendaklah tidak malas atau berputus asa setelah sesuatu pekerjaan telah sempurna sebaliknya mereka hendaklah sentiasa positif dan bersungguh serta fokus di dalam melakukan perkara yang seterusnya.

Tiada masa kosong perlu dibiarkan oleh seorang Muslim sebaliknya ia perlu diisi dengan segala kebaikan. Sebaik-baiknya ialah di dalam menghampirkan diri kepada Allah SWT.

No comments: