Abi Abbas Sheikhul Islam Ibn
Taimiyah di dalam Minhajus Sunnah mencatatkan di dalam menerangkan ‘penipuan
dan pembohongan golongan ARRAFIDHAH (SYIAH)berkenaan penceritaan keadaan
sahabat selepas kewafatan An-Nabi SAW. (Mereka berkata : Setengah daripada
mereka (sahabat) menuntut bagi keperluan diri sendiri tanpa kebenaran. Dan dialah
yang memperolehi baiah teramai daripada penyokong-penyokong yang terdiri
daripada golongan yang mencintai dunia). Ungkapan ini ditujukan kepada Abi
Bakar di mana beliaulah yang menerima sokong terbanyak daripada orang ramai. Adalah
diketahui umum bahawa Abi Bakar tidak menuntut untuk mendapat sokongan tidak
dengan secara hak dan juga tanpa hak.
Bahkan beliau berkata :
sesungguhnya aku meredhai bagi mu (untuk dipilih sebagai khalifah selepas kewafatan
Rasulullah SAW) seorang daripada dua lelaki ini iaitu samaada Umar Ibn
Alkhattab atau Aba Ubaidah. (Lantas) Umar berkata, Demi Allah sekiranya aku
dikedepankan, akan aku pukul leherku dan tidak akan aku lakukan, sesungguhnya
aku menyukai bagi kaumku ialah Abu Bakar. Lafaz ini adalah di dalam Sahihain
(Sahih Bukhari dan Sahih Muslim) (Bukhari 8, muka surat 140-142).
Abu Bakar turut berkata :
Lucutkan aku, lucutkan aku (Beliau memohon untuk dilucutkan daripada jawatan
tersebut dan jawatan tersebut bukan menjadi pujaan kepada beliau). Dan kaum
muslimun telah memilihnya dan membaiahkannya. (Mukhtasar Minhajus Sunnah, Ibn
Taimiyah, 1, Muka Surat 93)
Mana mungkin seorang yang menolak
jawatan dianggap sebagai seorang yang meninginkan jawatan. Pada asasnya pun
memang beliau berkelayakan memandangkan beliaulah yang dipilih oleh Rasulullah
SAW sebagai peneman di dalam misi hijrah baginda. Seorang yang memang terlampau
hampir kepada baginda. Seorang yang sebegini dengan bersungguh-sungguh menolak
perlantikan tersebut dikatakan sebagai seorang yang berkehendakkan jawatan. Logiknya
tidak boleh diterima dan faktanya pun beliau bukan sebagaimana dituduh.
No comments:
Post a Comment