Sunday, January 05, 2014

Umur dan Hari

Setiap hari adalah pembaharuan,
Setiap hari adalah perubahan,
Hari ini adalah berbeza dari semalam,
Dan hari semalam adalah berbeza dari hari kelmarin,

Bagi seorang anak,
Hari-harinya adalah bermain,
Bermain untuk belajar,
Belajar melalui percubaan dan kesakitan,

Bagi seorang remaja,
Hari-harinya adalah persediaan,
Persediaan membina dewasa,
Melalui belajar dan persahabatan,

Bagi seorang dewasa,
Hari-harinya adalah tanggungjawab,
Ditunaikan demi Agama, masyarakat dan keluarga, Menerusi tugasan, kerja dan amanah,
 
Bagi seorang 'senior'
Hari-harinya adalah memerhati,
Memerhati segala perubahan yang telah berlaku, Meneliti segala pencapaian yang telah diraih, Menginsafi segala kesilapan yang telah luput, Menunggu apa yang akan berlaku besok,

Mereka,
Memberi teladan dan nasihat kepada yang kemudian, Agar kemanisan berulang dan kepahitan terkandas,

Mereka,
Adalah kitab tua dipojok lemari ,
Yang penuh hikmat dan teladan,
Yang padanya pernah banyak manfaat dan faedah,

Wahai si muda perkasa,
Manfaatkanlah si senior,
Kerana mereka obor yang menyala,
Padamnya ia gelaplah sekitar

No comments: