إذا
مررتم بأهل الشرة فسلموا عليهم تطفأ عنكم شراتهم ونائرتهم
Maknanya : Jika kalian berjalan
di hadapan orang yang jahat, ucapkanlah salam kepada mereka nescaya dipadamkan
(Allah) kejahatan dan permusuhan mereka (ke atas kamu).
Hadith di atas dinilai dhaif dan
maudhu’ oleh al-albani tetapi maknanya sahih.
Manakala Ibnu Hamzah Al-Husaini Al-Hanafi Ad-Damsyiqi berpendapat
sanadnya ialah dhaif.
Antara istinbat dan manfaat yang
boleh diambil daripada hadith di atas ialah:-
- Salam yang disampaikan oleh seorang Muslim kepada insan yang lain (terutama mereka yang mempunyai niat yang jahat) mampu untuk menurunkan amarah bilamana salam tadi dijawab dan dihayati oleh mereka.
- Seorang Muslim yang elok akhlaknya akan sentiasa tenang dan berbaik sangka dengan insan yang lain. Oleh kerana itu, bagi seorang Muslim tiada halangan baginya untuk memberi salam kepada yang lain sungguhpun mereka ialah musuhnya.
Di dalam zaman fitnah ini yang
mana pertelagahan sesama Muslim sering berlaku yang mana banyak berpunca
daripada persepsi dan tanggapan, maka setiap Muslim hendaklah secara
kolektifnya berjuang untuk mendamaikan sesama sendiri. Antara kaedah yang
senang dan mudah untuk diamalkan ialah dengan menyebarkan salam. Mulakanlah
dengan diri kita dan jadikanlah ia sebagai amalan.
No comments:
Post a Comment