Jangan menghargakan sesuatu harta itu melebihi harganya. Ia bagi mengelak hati terlampau terikat kepada harta kerana harganya, tetapi perlu diikat disebabkan nilai dan manfaatnya.
Keterikatan harta pada harga menyebabkan kita menjadi budak kepada wang, hati menjadi keras, aqal menjadi dungu, perasaan menghilang, kasih sayang tiada dan cinta kasih menjadi mati.
Jangan dibiar orang beranggapan 'biarlah dia kaya pun, kita tidak meminta barang sesuap daripadanya'. Anggapan ini sebenarnya adalah petanda bahawa kita sudah tidak lagi termasuk dalam daftar 'budiman'.
Sekiranya berniaga dan berjaya, biarkan cita-cita perniagaan terus dikekalkan, jangan terpesong dek keindahan kewangan.
Andai cita-cita itu berjaya maka kita menjadi pekerja kepada cita-cita namun andai kata ia dibuat kerana wang maka kita menjadi pekerja kepada wang.
Andai kata perniagaan tidak berjaya dan cita-cita pun tidak tercapai, maka kita akan menjadi semuram-muramnya lantaran kegagalan tersebut.
Namun andai kata cita-cita tercapai maka kita akan bahagia, tidur sentiasa selesa, makan sentiasa enak dan rumah tangga sentiasa damai. Tiada penganiayaan, tiada tipu daya dan tiada syak wasangka.
No comments:
Post a Comment