Wednesday, January 02, 2019

Usahawan dan Ilmu (Part 2)

Kategori kedua ilmu yang perlu dikuasai oleh para usahawan adalah ilmu rohani. Ia merangkumi aspek 'al' amin' yang berkaitan dengan kekuatan jiwa, ketajaman minda, ketinggian akhlak dan kekukuhan iman.

Sebahagian drp ilmu ini diperolehi drp proses pembelajaran dan sebahagian lagi melalui pengalaman, latihan, penghayatan dan amalan.
Ilmu ini melatih kita utk menjadi amanah dan bermaruah pada setiap masa. Tidak mengkhianati sesuatu tanggungjawab sungguhpun diuji dengan getir dan payah.

Amanah dan maruah bukan setakat dipakai bahkan dijiwai dengan sepenuhnya.
Ilmu ini menjadikan 'quality centric' diamalkan pada setiap perkara. Tekun dan konsisten sentiasa diamalkan bagi setiap masa dan ketika. Natijahnya, kualiti bukan sahaja wujud pada produk/servis tetapi juga pada diri kita sebagai usahawan.

Tekanan, kepayahan dan kesempitan adalah sekolah pengalaman yang benar-benar mengajar kita erti kekuatan dan ketahanan.

Andai berjaya melepasinya, maka kita akan menjadi lebih lunak dan rendah diri di dalam berurusan. Tidak sombong dan berbesar diri dengan sesiapa pun. Menolong sedaya mungkin serta berkhidmat sepenuh hati.
Ilmu inilah pelengkap kepada usahawan. Tanpanya perniagaan tempang dan cacat. Mungkin laku keras namun tiada berkat. Mungkin jenama gah namun tidak bertahan.

Jadi kuasailah ilmu ini bagi menjadikan perniagaan kita bukan setakat berfizikal tetapi juga berjiwa dan mempunyai roh.

Ingin mendapatkan tips harian usahawan, boleh klik
https://chat.whatsapp.com/HJWbTK0XtVMBZLNY9aumis

No comments: