Saya sering
dinasihati kawan-kawan tentang bilakah kita perlu membuat kepututsan untuk
meneruskan atau berhenti daripada melakukan sesuatu perniagaan. Ada yang kata
selepas tiga (3) bulan dan ada juga berpandangan dalam tempoh enam (6) bulan.
Sekiranya business kita menjadi maka teruskanlah tetapi sekiranya tidak maka
perlulah stop dengan segera. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya
‘financial bleeding’ secara berterusan.
Mungkin ada
daripada kita terfikir akan ada harapan dalam sedikit masa lagi untuk ia
bertukar menjadi maju dan berjaya.
Namun pada
kebiasaannya, tempoh di antara tiga (3) hingga enam (6) bulan (bergantung
kepada jenis perniagaan, mungkin ada yang mencecah tahunan) sudah memadai untuk
menilai kemampuan perniagaan tersebut untuk menjadi maju atau sebaliknya.
Nilaikan secara
objektif kedudukan perniagaan tersebut. Jangan disimpan rasa sayang dan
sentimental value. Serta jangan ditinggalkan istikharah dan doa.
No comments:
Post a Comment