Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Friday, December 13, 2013

Manusia yang Mencari Tuhan

Manusia yang mencari Tuhannya,
Pasti akan ketemu,
Tidak jauh dan tidak lama,
Kerana Tuhan sentiasa menanti,

Manusia yang mencari Tuhannya,
Sudah pasti diberi jalan,
Kerana si pencari akan terus berharap,
Dan Tuhan sentiasa memberi,

Manusia yang mencari Tuhan,
Seruannya sentiasa didengari,
Rintihannya sentiasa diperhati,
Dan Tuhan maha mengerti,

Manusia mencari Tuhan,
kerana manusia mencari kemuncak segala sesuatu,
Kemuncak segala kepatuhan dan kemuncak segala tujuan,
Apabila kemuncak digapai segala di bawah ditawan,

Tuesday, August 06, 2013

Hilang

Kita biasa hilang satu perkara dimana kita fikir kita telah hilang segala-galanya,
Kita rasa habislah kita dengan kehilangan ini,
Tiada lagi dan mungkin tidak memiliki kembali,

Kita sedih, gusar dan kecewa,
Ada yg sedih hingga hilang dasarnya,
Ada yang kecewa hingga hilang harga diri,
Ada juga yang sedih tapi kepada Allah dia kembali,

Kita sedih bila anak kecil di pangkuan kembali ke rahmatullah,
Kita fikir sudah hilang si teman penyejuk hati,
Tapi sebenarnya Allah simpan dia untuk kita di syurga yg kekal abadi,

Kita sedih bila si suami diambil ajalnya,
Kita fikir sudah hilang teman jiwa, sandaran hidup dan rujukan dunia,
Tapi sebenarnya Allah menyimpannya utk kekalkan cinta di hati agar sentiasa berbunga dan kekal sebati,

Kita sedih bila yang dirancang tidak menjadi,
Kita fikir diri sudah tiada erti,
Tapi sebenarnya Allah memilih yang lebih baik untuk kita sebagai ganti,

SIAPAKAH LAGI YG LEBIH BAIK MEMILIH LEBIH DR ALLAH,
Jadi redhalah dgn apa yang berlaku kerana itu adalah yang terbaik untuk kita.