Aku baru habis tonton satu sessi debat transformasi kat dalam u tube. Tonton atas pendirian neutral dan pegangan dan akidah islam. Setelah penontonan tersebut aku nak buat sedikit rumusan lah yang aku rasa rumusan ini adalah mungkin tidak digemari oleh sesetengah orang.
Pentas politik, adakah pentas ini adalah pentas yang sesuai untuk membicarakan perkara agama. Jawapannya ya. Tapi apakah akan terjadi sekiranya perkara politik menjadi matlamat lebih daripada perkara agama, dengan kata lain matlamat seolah sudah menghalalkan cara.
Aku menulis begini sebab pada dasarnya aku bersetuju parti Islam perlu memerintah, tapi ini tidak bermakna kita perlu menjatuhkan maruah mereka yang seIslam dengan kita dan mempertahankan mereka yang bukan Islam. Sesungguhnya kelebihan mereka yang bukan Islam berkawan dengan orang Islam yang baik sememangnya memberi manfaat yang baik kerana ini membolehkan mereka hampir kepada Islam namun ini bukannya boleh menjadi penyebab untuk kita menjatuhkan maruah mereka diparti yang tidak serumpun tetapi berakidahkan Islam dengan mengatakan yang bukan Islam sudah pandai menyebut untuk melaksanakan pemerintahan seperti Umar Ab Aziz tetapi yang Islam tidak pernah menyebut perkara ini.
Kita seharusnya ingat, selain daripada menyebut pemerintahan Umar Ab Aziz, golongan bukan Islam telah melakukakan kesilapan yang lebih besar iaitu menyekutukan Ilahi iaitu paksi akidah kita yang sebenar dan paksi inilah yang sama2 kita kongsi di antara sesama kita yang menyaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Penyekutuan kepada Ilahi adalah Jenayah yang paling besar.
Seeoloknya, pentas politik digunakan sebagai pentas dakwah bagi menyatukan mereka yang sesama Islam dan mendekatkan mereka yang belum Islam kepada Islam.
Sekian
No comments:
Post a Comment