Saturday, May 28, 2011

Tekun

28 may 2011

Terdengar seorang ustaz mengajar, dia suruh semua pendengar mempunyai keinginan untuk berniaga, satu cadangan bagus. Ustaz tu kata, islam boleh maju sekiranya ramai orang islam yg terlibat dalam business sbb bila kita kaya kita mampu buat apa saja yg kita nak.

Ustaz tu kata, dia pun sedang busy dgn business, dia buat business jual beli emas, business yg sahabat nabi bilal bin rabbah involve masa hayatnya. Nanti bila dia kaya, dia datang masjid mengajar masa tu dgn bawak porsche cayyen dan bawak duit zakat utk anak2 pelajar. Masya Allah cita2 hebat sungguh.

Sy berpendapat, sapa-sapa pun bebas nak berniaga, tiada halangan. Tapi berjaya atau tidak berniaga adalah faktor lain.

Sy suka pendapat ustaz tu nak kaya, tapi sy lebih suka kalu ustaz tu menjadi seorang figure dlm ilmuan bidang pengajarannya. Menjadi sumber rujukan persis yusuf alqardhawi dan para ulama lain. Negara kita sudah ketandusan tokoh agamawan sebagaimana dulu. Dulu kita ada tok kenali, kita ada tok janggut, kita ada tok selehor tp kini kita ada ustaz selebriti, kita ada imam muda dan kita ada mcm2 ulama lain yg persis artis. Adakah ulama2 moden ni jadi begitu kerana kaedah moden dakwah perlu selari dgn peradaran zama atau adakah kerana tuntutan utk jd kaya.

Secara peribadi, sy suka ustaz2 atau ulama2 baru ni lebih fokus kepada pengajarannya dan aktiviti business dan berniaga biarlah diserahkan kepada ahlinya. Ustaz2 mainkanlah peranan utk membetulkan peniaga2 ni dan tunjukkanlah mereka ke jalan yg diredhai Allah.

Jadi para ustaz kita ni boleh lebih fokus dlm bidang agama dan akan menjadi lebih keahliannya.

Akhir sekali, suka nak kongsi sepotong hadith yg berbunyi, inna Allah yuhibbu iza 'amila ahadukum amalan an yutkinah' maksudnya sesungguhnya Allah suka apabila beramal salah seorang dr kamu dengan amalan yg tekun.

No comments: